HTC Shift

Gadget yang di tunggu-tungu untuk tahun ini.

VIA CPU 1.2GHz
Windows Vista business
7-inch sliding, tiling wide-touchscreen
30GB drive
Tri-band UMTS / HSDPA, quad-band GSM / GPRS / EDGE
WiFi, Bluetooth 2.0
Biometric reader, front-facing camera

Tak sabar nak tunggu HTC Shift tapi paling awal ada dalam pasaran mungkin September 2007 😦

23 Kenderaan Tertimbus Tanah Runtuh Di Putrajaya

PUTRAJAYA, 22 Mac (Bernama) — Dua puluh tiga kenderaan tertimbus dalam tanah runtuh di Presint 9 di sini, yang memaksa kira-kira 1,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka pada pukul 4.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Pemangku Supt Abdul Razak Abdul Majid berkata tanah berkenaan runtuh dari sebuah bukit di belakang apartmen Presint 9, Fasa 11.

“Tiada nyawa terkorban atau mangsa didapati terperangkap di bawah timbunan tanah runtuh itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Perkara itu disahkan oleh pasukan bomba dan penyelamat, yang memeriksa tempat kejadian dengan menggunakan “motion detector” (alat pengesan pergerakan) dan juga anjing pengesan.

Abdul Razak berkata bukit setinggi 50 meter itu dengan kecuraman 45 darjah terletak 10 meter dari apartmen itu, yang mengandungi tiga blok bangunan masing-masingnnya setinggi 15 tingkat.

Di atas bukit itu terletak sebuah tangki air.

Berikutan kejadian tanah runtuh itu, terbentuk satu timbusan tanah dengan saiz 9 meter x 12 meter dan berketinggian 3 meter meliputi kawasan tempat letak kereta itu.

Abdul Razak berkata para penduduk itu kini ditempatkan di pusat komuniti Presint 9 dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9.

“Kita masih menunggu jurutera IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia) untuk mengesahkan sama ada akan berlaku lagi pergerakan tanah di kawasan itu.

“Lepas itu baru keputusan boleh dibuat sama ada penduduk boleh dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing,” katanya.

Hujan lebat turun di kawasan Putrajaya sejak petang semalam sehingga awal pagi ini.

Penamaan Calon P/Raya Kecil Machap 3 April, Undi 12 April

PUTRAJAYA, 21 Mac — Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Machap ialah pada 3 April ini dan pengundian pada 12 April.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membuat pengumuman itu di sini hari ini ekoran kematian penyandang kerusi itu, Datuk Poh Ah Tiam, dari Barisan Nasional pada 15 Mac lepas akibat sakit buah pinggang.

Poh, 55, yang juga pengerusi MCA Melaka dan pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Negeri, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 selepas menewaskan Liou Chen Kuang dari DAP dengan majoriti 4,562 undi.

Maklumat tambahan:

Kalau nak access internet guna DiGi Mobile Broadband sebab ada liputan DiGi Edge. Lihat peta liputan DiGi dibawah.

Celcom dan Maxis GPRS sahaja tiada 3G. Harap Maxis dan DiGi pasang RBS sementara disana untuk liputan 3G

Yanti guna Sony Ericsson K800i

Dah lama yanti guna yang ini. Memang menarik dah mudah digunakan.
Gambar post di blog ini kebanyakan menggunakan K800i Cyber-shot 3.2MP. Mana gambar yang resolution rendah tu Yanti guna Camera Dopod 818 Pro PDA Phone bersama DiGi unlimitted edge mobile broadband.

Yang menariknya boleh guna mobile blogger Shot masukkan text dan hantar ke blog. Senang kan.

Video call mudah boleh guna camera belakang dengan hanya membuka penutup lens. Nak hantar SMS atau MMS senang.

Tak de sesiapa nak hadiahkan Yanti SE K818 🙂 tapi belum ada di pasaran sekarang ni. Yang ada sekarang ini K810i

Ini lah SE K800i Yanti

Telefon mudah alih terbaik

TELEFON selular model K800i Cyber-shot, keluaran Sony Ericsson diiktiraf sebagai telefon mudah alih terbaik oleh Persatuan GSM sempena Anugerah Mobile Global 2007 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini.

Naib Presiden Eksekutif Korporat dan Ketua Jualan Sony Ericsson, Anders Runevad, berkata model K800i yang diperkenalkan ke pasaran tahun lalu membolehkan pengimejan mudha alih menjadi realiti kepada berjuta penduduk dunia.

“Ia menghasilkan gaya hidup baru berasakan komunikasi mudah alih dan imej dengan menggabungkan prestasi kamera 3.2 mega piksl dan teknologi komunikasi generasi ketiga (3G) bagi memudahkan proses perkongsian imej,” katanya.

Sejak K800i Cyber-shot diperkenalkan tahun lalu, lebih empat juta unit telefon model berkenaan terjual di pasaran. Pengguna boleh menyaksikan model berkenaan beraksi dalam filem terkini, James Bond, Casion Royale.

Keluarga telefon komunikasi Cyber-shot sudah ditambah kepada pelbagai model seperti K810, K818, K550 dan K550im, iaitu telefon Cyber-shot yang menyokong i-mode.

Kematian ADUN Machap dimaklumkan kepada SPR


Kematian ADUN Machap dimaklumkan kepada SPR
MELAKA 16 Mac – Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Mo‘min Abdul Aziz telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Machap, Datuk Wira Poh Ah Tiam.

Pembangkang belum buat keputusan letak calon di Machap
KUALA LUMPUR 16 Mac – Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan rundingan untuk memutuskan sama ada akan memboikot atau meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Machap berikutan kematian Datuk Wira Poh Ah Tiam semalam.

Keputusan 2004

N8 MACHAP (BUKIT SEDANAN) (9,887)
Melayu: 39.5% Cina: 45.7% India: 14.5% Lain: 0.3%
1. Datuk Wira Poh Ah Tiam (BN)
2. Liou Chen Kuang (DAP)
1999: Datuk Wira Poh Ah Tiam (BN) Majoriti 2,626
Datuk Wira Poh Ah Tiam (BN) Jumlah Undi: 5,847 Menang
Liou Chen Kuang (DAP) Jumlah Undi: 1,285
Majoriti : 4,562
Jumlah Undi : 7,334
Undi Rosak : 202
% mengundi : 74.33%

Gempa di Utara Sumatera

Tadi Yanti rasa pening dan bangunan Umno Selangor terasa bergoyang.

Ketika itu mesyuarat Penerangan Pergerakan Wanita Umno Malaysia sedang dijalankan. Mereka terpaksa berpindah ke Lobi untuk meneruskan mesyuarat.

Sekarang dah ok.. rasanya tiada lagi gempa susulan.. Apa lagi, pergi lah kerja semula 😀

Magnitude 6.3
Date-Time
  • Tuesday, March 6, 2007 at 03:49:41 (UTC) 11:47 Malaysian Time
  • = Coordinated Universal Time Tuesday, March 6, 2007 at 10:49:41 AM = local time at epicenter Time of Earthquake in other Time Zones
  • Location

    0.536°S, 100.498°E
    Depth 30 km (18.6 miles) set by location program
    Region SOUTHERN SUMATRA, INDONESIA
    Distances
    50 km (30 miles) NNE of Padang, Sumatra, Indonesia 160 km (100 miles) SW of Pekanbaru, Sumatra, Indonesia 425 km (265 miles) SSW of KUALA LUMPUR, Malaysia 930 km (580 miles) NW of JAKARTA, Java, Indonesia
    Location Uncertainty horizontal +/- 9.7 km (6.0 miles); depth fixed by location program
    Parameters Nst= 42, Nph= 42, Dmin=>999 km, Rmss=1.21 sec, Gp= 54°, M-type=moment magnitude (Mw), Version=6
    Source USGS NEIC (WDCS-D)
    Event ID us2007zpah


    Update: 1:59 PM

    A moderate earthquake has occurred with these revised parameters: Time of Occurrence :1.49 pm on 6 March 2007 Coordinates : 0.2

    South 100.7 East Location : Near southern Sumatera, 71km northeast of Padang, Indonesia, 324km southwest of Melaka. Magnitude : 5.9 on Richter scale

    Gempa di Utara Sumaterta

    Magnitude 6.3
    Date-Time
  • Tuesday, March 6, 2007 at 03:49:41 (UTC) 11:47 Malaysian Time
  • = Coordinated Universal Time Tuesday, March 6, 2007 at 10:49:41 AM = local time at epicenter Time of Earthquake in other Time Zones
  • Location

    0.536°S, 100.498°E
    Depth 30 km (18.6 miles) set by location program
    Region SOUTHERN SUMATRA, INDONESIA
    Distances
    50 km (30 miles) NNE of Padang, Sumatra, Indonesia 160 km (100 miles) SW of Pekanbaru, Sumatra, Indonesia 425 km (265 miles) SSW of KUALA LUMPUR, Malaysia 930 km (580 miles) NW of JAKARTA, Java, Indonesia
    Location Uncertainty horizontal +/- 9.7 km (6.0 miles); depth fixed by location program
    Parameters Nst= 42, Nph= 42, Dmin=>999 km, Rmss=1.21 sec, Gp= 54°, M-type=moment magnitude (Mw), Version=6
    Source USGS NEIC (WDCS-D)
    Event ID us2007zpah


    Update: 1:59 PM

    A moderate earthquake has occurred with these revised parameters: Time of Occurrence :1.49 pm on 6 March 2007 Coordinates : 0.2

    South 100.7 East Location : Near southern Sumatera, 71km northeast of Padang, Indonesia, 324km southwest of Melaka. Magnitude : 5.9 on Richter scale

    Liputan DiGi Edge di Hulu Selangor

    Aku bercadang nak tamatkan sahaja penggunaan DiGi Mobile Data akhir bulan ini. Tapi sebentar tadi dapat msg dari kawan di DiGi memberitahu aku Hulu Selangor sudah ada liputan DiGi Edge.

    Aku bercadang nak bagi emak aku gunakan di kampong 😀 sebab aku sudah menggunakan Celcom Unlimitted 3G Data Access. Lebih laju sekiranya menggunakan teknologi HSDPA (3.5G). Dari pengalaman aku, pernah dapat speed sehingga 918kbps.

    Tapi apa yang aku lihat cuma di atas peta sahaja. Bila aku buat fieltest tak satu tempat yang bertanda oren tu dapat EGPRS (Edge). Tertipu lagi aku oleh orang kuning yang gemuk tu.
    Aku ingat orang kuning yang gemuk tu sekarang berada di Bukit Tagar kutip sampah :))