Keputusan PRK N11 Ijok – 8:45 Malam


Semua tempat pengundi Melayu kalah kecuali Setaia Jaya (Jagaan Hulu Selangor/Puchong/Serdang 🙂 )

Sungai Darah dan Bukit Badong Menang atas bantuan Pengundi India. Undi Kawasan India nampak solid memihak kepada BN.

Ada kemungkinan kawasan Majoriti India, yang menyokong PKR adalah pengundi Melayu.

Pertarungan Sengit Antara BN Dan PKR Di DUN Ijok

KUALA SELANGOR, 27 April — Walaupun hanya beberapa jam saja lagi akan berlangsung proses mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, hakikatnya hingga saat ini belum ada tanda-tanda jelas apakah calon Barisan Nasional atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan meraih kemenangan.

Masing-masing mendabik dada dan yakin mampu untuk memenangi hati pengundi dan akhirnya akan muncul sebagai parti paling layak untuk memimpin rakyat di kawasan itu apabila keputusan pengundian diumumkan malam esok.

Menurut perkiraan atas kertas, BN mempunyai kelebihan untuk memenanginya sekali lagi sama seperti pada empat pilihan raya kecil lain — di Kuala Berang (Terengganu), Pengkalan Pasir (Kelantan), Batu Talam (Pahang) dan terakhir kira-kira dua minggu lepas di Machap, Melaka, diadakan selepas pilihan raya umum 2004.

Tetapi ini lain jadinya berikutan PKR dengan bantuan tidak langsung daripada parti pembangkang PAS dan DAP mencetuskan pertarungan paling sengit dan panas dalam mana-mana sejarah pilihan raya kecil.

Semuanya kerana ini mungkin pilihan raya kecil yang terakhir, sebelum berlangsung pilihan raya umum akan datang.

Bagi memastikan survivalnya pada masa depan, PKR yang bersandarkan slogan “Perubahan bermula di Ijok” menjalankan kempen ibarat misi “hidup atau mati” dalam tempoh sembilan hari bergerak di DUN Ijok apabila secara terancang melontar segala isu-isu nasional yang dirasakan mampu untuk mempengaruhi hati pengundi di kubu BN itu.

Menggunakan setiap kesempatan berkempen tidak kira ceramah kecil atau besar, bermula dengan kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, rasuah dan komisyen pembelian senjata bagi pertahanan negara, penyalahgunaan kuasa yang kesemua fitnah itu dikaitkan dengan pemimpin negara hinggalah kepada kempen berbau perkauman, agama, menanam bibit benci, pengundi hantu dan menakut-nakutkan pengundi, seperti yang pernah diamalkan pada pilihan raya kecil di DUN Lunas pada 2000.

PKR yang diketuai oleh penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kempen kali ini, berasakan Ijok mempunyai persamaan dengan DUN Lunas, apabila mampu merampasnya daripada BN ketika itu dengan menggunakan senjata sama iaitu membangkitkan rasa tidak puas hati pengundi Melayu di Ijok yang mewakili kira-kira 51 peratus daripada keseluruhan 12,272 pengundi.

BN seperti di Lunas, mencalonkan seorang calon bukan Melayu di Ijok, K.Parthiban, Setiausaha MIC kawasan Tanjung Karang untuk bertanding di kawasan majoriti orang Melayu manakala PKR pula mencalonkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, seorang tokoh korporat yang didakwa telah banyak berjasa kepada orang Melayu ketika menerajui Permodalan Nasional Berhad.

Walaupun menghadapi kecaman BN kerana amalan taktik kotor ini termasuk teguran daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semua tindakan ini tetap dibuat kerana matlamat tunggal untuk menang.

“Tiada lain kecuali menang kerana inilah satu-satunya cara untuk meningkatkan moral dan semangat kita (PKR) jika ingin meneruskan perjuangan sehingga ke pilihan raya umum akan datang,” kata Abdul Khalid dalam satu pertemuan dengan penyokong parti itu.

BN juga terasa perit pada setiap masa kerana tekanan yang dikenakan oleh PKR itu sebenarnya amat dirasai oleh BN terutamanya Umno yang turut menghadapi dilema untuk menjelaskan kewajaran meletakkan calon bukan Melayu.

Diketahui umum, kalangan orang Melayu inginkan seorang calon Melayu kali ini, kerana sejak 1990, kesemua calon BN terdiri wakil MIC termasuk penyandang sebelum ini Datuk K. Sivalingam yang dikatakan gagal memahami perasaan dan aspirasi Melayu di Ijok yang banyak berketurunan Jawa.

Umno khususnya menyedari sebarang “pemberontakan” orang Melayu menerusi undi protes terhadap kerusi tradisi MIC itu mampu menjejaskan usaha BN mengekalkan penguasaan di kawasan itu dan sekaligus memberi kesan buruk kepada parti pemerintah.

BN tidak mampu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang seandainya berlaku peristiwa “kekalahan di DUN Ijok” dan seperti juga misi PKR, BN juga tiada pilihan lain kecuali menang.

Berikutan itu sejak hari penamaan calon pada 19 April, pemimpin Umno diketuai oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibantu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo banyak berkampung di tiga kawasan “hitam” Melayu iaitu Kampung Ijok, Jaya Setia dan Bukit Badong yang diketahui kebanyakan penduduk bersimpati dengan pembangkang berdasarkan keputusan pilihan raya 2004, untuk memberi penjelasan dan mengembalikan kepercayaan kepada Umno.

Tugas Umno itu tidak mudah kerana selain serangan dari luar, Umno juga turut menghadapi serangan dari dalam hingga menimbulkan rasa resah sepanjang masa di kalangan jentera Umno di Ijok.

Bagaimanapun kemunculan secara “tiba- tiba” Perdana Menteri semalam yang meluangkan masa selama dua jam menemui pengundi daripada pelbagai peringkat dan kaum, telah “mencurah air di hati panas” orang Melayu apabila mereka diminta bersikap rasional dan menerima konsep perkongsian kuasa antara kaum.

Abdullah berkata pendekatan itu yang digunakan sejak merdeka jelas menjadi fomula BN selama ini hingga telah memberikan kemenangan kepada semua kaum di negara ini tanpa mengira Melayu, India dan Cina sejak pilihan raya pertama lagi, hingga wujud keharmonian dan persefahaman masyarakat majmuk.

“Tidak ada masalah daripada sokongan, tidak ada siapa yang pertikai kerana tradisi BN berkongsi kuasa,” kata Perdana Menteri sambil mendapat teriakan sokongan daripada ribuan hadirin.

Kata-kata Abdullah itu sebenarnya ada kebenaran kerana Ijok hanyalah antara tiga kerusi MIC atau lima peratus berbanding keseluruhan 56 kerusi DUN di Selangor yang dimonopoli Umno.

Najib yang “berkampung” di Ijok sejak hari pertama kempen menyedari perubahan positif pengundi Melayu hasil lawatan Perdana Menteri.

Sambil menyifatkan lawatan itu sebagai satu suntikan semangat bagi semua, Najib melahirkan keyakinan kemenangan kini berpihak kepada BN.

“Lawatan Perdana Menteri sememangnya memberi semangat dan mengukuhkan keyakinan kita untuk menang. InsyaAllah kita akan menang lagi kali ini,” katanya.

PKR bagaimanapun tidak menyerah kalah, dan kini menggunakan isu pengundi hantu sebagai senjata akhir, termasuk mengancam untuk menahan dan menghalang sebarang individu yang disyaki.

Seperti yang dikatakan oleh Ketua Penerangan PKR Tian Chua mereka tidak lagi mempercayai pihak berkuasa dan sebaliknya akan bertindak sendiri dengan menghalang dan menahan kenderaan yang disyaki dinaiki pengundi hantu BN seperti yang dibuat di DUN Lunas, hingga mencetuskan kekecohan besar.

Bagaimanapun ancaman itu bakal diawasi oleh 1,500 anggota polis esok, bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Apapun senario di Ijok, jawapannya ada di tangan 12,272 pengundi, terutama pengundi atas pagar, yang disifatkan Perdana Menteri sebagai pemegang kunci keputusan pilihan raya kecil itu.

KHALID YANG SEMAKIN TERSEPIT!!!

Khalid Ibrahim, calon PKR hari ini berceramah di perkarangan masjid Simpang Tiga Ijok selepas solat Jumaat sebentar tadi sekaligus mengengkari arahan DYMM Tuanku Sultan Selangor agar tidak menggunakan masjid untuk berkempen politik. Dalam ucapannya, beliau meminta pengundi Islam mengundi beliau kerana dia calon Islam.

Orang yang datang ke masjid itu ialah untuk bersembahyang, bukan mendengar ceramah politik. Para jemaah itu terdiri dari ahli pelbagai parti termasuklah UMNO. Masjid sepatutnya menjadi tempat orang Islam bercakap soal perpaduan, bukan menanam kebencian berasaskan politik kepartian. Perbuatannya ini memecahbelahkan masyarakat setempat dan amat merbahaya.

Khalid tidak peduli semua itu. Dia akan pulang ke Kuala Lumpur selepas 28 April walaupun penduduk Ijok akan bercakaran sesama sendiri pilihanraya kecil itu.

PKR juga mengedarkan VCD dan pelbagai phamplet parti dalam masjid.

Untuk mengelakkan orang ramai keluar, sebuah kereta yang dipercayai milik penyokong PKR diletakkan di hadapan pagar masjid sekaligus menghalang kereta, motorsikal dan orang ramai keluar dari perkarangan masjid itu.

Nyata, Khalid Ibrahim semakin tersepit sehingga sanggup berbuat apa sahaja, hatta membelakangkan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor sebagai ketua agama di negeri ini!

Simpati Najib Kepada Khalid

KUALA SELANGOR, 27 April — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak “bersimpati” dengan calon pembangkang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkannya masih sayang kepada Barisan Nasional (BN) dan sukar menghilangkannya dari hati walaupun kini menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan raya Dewan Undangan negeri (DUN) Ijok.

Katanya ucapan ‘luar sedar’ Khalid hingga “tersasul” berkempen untuk calon BN jelas menunjukkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu masih sayang kepada BN walaupun kini berdiri di atas platform PKR dan akan bertanding menentang calon BN, K Parthiban, 38.

“Dia tersasul kerana dalam hati dan jiwanya, dia masih tidak dapat lupa bahawa BN banyak berjasa kepadanya. Sebab itu dalam kepalanya susah nak hilangkan perasaan (sayang) pada BN itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Bukit Badong Timur, di sini, hari ini.

Ketika berucap di hadapan penyokong semasa berkempen di Ladang Tuan Mee, Rabu lalu, Abdul Khalid, 61, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Guthrie itu tersasul meminta pengundi di Ijok memastikan lawannya dari BN menang pada pilihan raya kecil di situ esok.

Antara petikan ucapannya ialah: “Sekarang kita buat perubahan dan sekarang ialah masanya…dan saya berharap kita semua bersama-sama untuk membuat perubahan dan mengundi calon Barisan Nasional sebagai yang menang untuk Dewan Undangan Negeri Ijok. Terima kasih.”

Kata-kata Abdul Khalid itu menimbulkan keriuhan dalam kalangan 150 orang yang hadir kerana beliau “mempromosikan” lawannya pada pilihan raya itu.

Mengulas perkara itu, Najib berkata ia secara jelas menunjukkan Umno dan BN paling banyak berjasa dalam mencorakkan negara dan mempertahankan kepentingan rakyat berbilang bangsa walaupun hakikat itu sering dinafikan pembangkang.

“Ini rakyat dapat lihat sendiri. Banyak projek pembangunan kerajaan seperti PNB dan saham-saham amanah yang memberi jasa tidak ternilai kepada rakyat dan negara,” katanya.

Sehubungan itu, katanya rakyat terutamanya pengundi Ijok perlu membuat pertimbangan sewajarnya dalam memilih calon yang akan mewakili suara mereka.

“Pengundi Ijok perlu lihat dua perkara, iaitu siapa yang boleh bela pengundi kawasan ini. Rakyat juga perlu lihat dari segi kepentingan negara keseluruhannya, pilih mana satu parti yang boleh diberi kepercayaan untuk menjamin masa depan negara,” katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk K Sivalingam, 59 yang meninggal dunia di Chennai, India 4 April lepas akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2004, Sivalingam menang dengan kelebihan 1,649 undi mengalahkan calon PKR Abdol Rahman Moharam dan seorang calon bebas.

Esok, sebanyak 12,272 pengundi berdaftar di Ijok akan mengundi.

Mahkamah Rayuan isytihar pemecatan Anwar sah

Lepas ni apa lah temberang aljub.. tu di Ijok

PUTRAJAYA 25 April — Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Kabinet sembilan tahun lepas dilaksanakan secara sah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh kerana kuasa melantik dan memecat menteri terletak pada Perdana Menteri, demikian Mahkamah Rayuan memutuskan hari ini.

Hakim-hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Mohamed Raus Sharif dan Datuk Heliliah Mohohamed Yusof membuat keputusan sebulat suara itu selepas menolak rayuan Anwar supaya pemecatannya daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan.

Raus, dalam penghakiman 19 halaman, berkata, surat pemansuhan pelantikan Anwar sebagai menteri Kabinet, dikeluarkan Dr. Mahathir pada 2 Sept 1998, mematuhi Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan oleh kerana itu merupakan bukti lebih daripada cukup untuk menunjukkan formaliti menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemansuhan telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri.

“Di bawah skim Perlembagaan Persekutuan kita, Yang di-Pertuan Agong adalah raja berperlembagaan yang bertindak mengikut nasihat menteri dan bukan atas initiatifnya sendiri.

“Kuasa memecat menteri sebenarnya berada pada Perdana Menteri. Beliau boleh pada sebarang masa menasihatkan Yang di-Pertuan Agong memecat mana-mana menteri dan Seri Paduka bertanggungjawab untuk bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

“Ringkasnya, tidak ada menteri boleh kekal dalam Kabinet, jika Perdana Menteri memutuskan beliau harus dipecat,” kata beliau.

Penghakiman ketiga-tiga hakim itu disampaikan oleh pendaftar Mahkamah Rayuan, Hasnah Mohamed Hashim.

Anwar memohon membantah keputusan mahkamah tinggi, dibuat sembilan tahun lepas, yang menolak permohonannya bagi perintah untuk mengisytiharkan keputusan Dr. Mahathir untuk memecat beliau daripada jawatan Kabinet adalah tidak mengikut undang-undang, tidak sah dan batal.

Beliau berhujah bahawa pemansuhan jawatannya mestilah dikuatkuasakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan bahawa pemansuhan itu tidak boleh dikuatkuasakan oleh Perdana Menteri tanpa terlebih dulu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Raus berkata, beliau tidak dapat melihat bagaimana kes Anwar boleh dipertahan oleh kerana relif yang beliau pohon, iaitu, untuk mengisytiharkan yang beliau masih seorang menteri Kabinet, adalah bersifat akademik oleh kerana beliau tidak lagi anggota salah satu dewan Parlimen dan Parlimen, dalam mana beliau dipilih sebagai anggota Dewan Rakyat, telah dibubarkan.

Beliau juga berkata, tidak ada isu yang boleh dibicarakan.

Oleh itu, untuk menerima hujah pembelaan agar kes itu dibawa semula ke Mahkamah Tinggi untuk ulang bicara merupakan langkah sia-sia, kata beliau.

Zulkefli pula berpendapat, tidak ada salahnya bagi Dr. Mahathir, sebagai Perdana Menteri ketika itu, menyatakan dalam surat pemansuhan bahawa dengan rasa dukacita beliau terpaksa memecat Anwar daripada memegang jawatan dalam kerajaan.

Beliau berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang mengenai bagaimana pemansuhan jawatan seorang menteri Kabinet harus dikuatkuasakan atau pemansuhan jawatan Anwar sebagai menteri Kabinet harus disampaikan kepada Anwar secara peribadi oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Surat pemansuhan pelantikan Anwar, yang diserahkan kepada Anwar, menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah diberitahu. Pada pendapat saya, kenyataan ini daripada responden pertama (Dr. Mahathir), adalah adil untuk membuat kesimpulan bahawa sebenarnya pada atau sebelum 2 Sept. 1998, keputusan dan nasihat Dr. Mahathir telahpun disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menerima keputusan dan nasihat itu.

Heliliah memutuskan bahawa saman oleh Anwar adalah tidak berasas, boleh membawa kepada salah guna proses mahkamah dan tidak dapat dipertahankan oleh kerana Anwar tidak diambil berkhidmat di bawah kontrak swasta ataupun oleh pihak berkuasa berkanun.

Sebaliknya sumber pelantikannya berada dalam bidang kuasa undang-undang awam, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Anwar, yang hadir di mahkamah bersama anak perempuannya, Nurul Izzah, dan menantu, memberitahu pemberita bahawa beliau terkejut dengan keputusan tersebut dan akan merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Pengundi Hantu Konon….


Tengok sini

Orang kawan dgn setan memang suka mencari hantu.

Banyak sgt blog yang mempertikai no IC bermula 90. Atok dorang dah lama tak de, tu sebab tak tahu perkembangan pasal no IC ni.

Datang lah ke Ijok cari orang tu sekarang. Jangan buat modal bila dah kalah nanti.

Atok Yanti pun IC bermula 90 masih hidup, bila Yanti tanya berapa umur atok sebenar dia kata sama tua dengan pokok kelapa depan rumah tu. Faham maksud  Yanti.. dulu mana ada birth cert tarikh kelahiran sebenar. JPN letak 90 sahaja (bermaksud tahun 1900. Kalau 99 bermaksud 1899.

Pernah tengok ic datok atau moyang korang tak…

Ujian DNA sahkan anak Altantuya anak dengan bekas suami rakyat Mongolia

Ini salah satu E-Joke puak KELDAIAN sebab apa kena mengena Altantuya dengan Ijok.

KUALA LUMPUR 23 April — Ujian DNA terhadap anak ketiga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh di negara ini, mengesahkan anak itu adalah hasil perkahwinan model berkenaan dengan bekas suaminya, seorang lelaki warga Mongolia.

Menurut sumber polis, pengesahan itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya anak lelaki Altantuya itu, yang dikenali sebagai Altanshagai Munkhtulga, 4, adalah hasil hubungan sulit wanita itu dengan seorang rakyat Malaysia.

“Ia sudah disahkan melalui ujian DNA, kanak-kanak itu adalah anak yang sah daripada perkahwinan Altantuya dengan seorang lelaki warga Mongolia,” katanya di sini hari ini.

Konsulat Kehormat Mongolia di sini, Datuk Syed Abdul Rahman Al- Habshi ketika dihubungi hari ini berkata, pada Mac lalu, satu pasukan polis Malaysia telah pergi ke Mongolia untuk mengambil sampel DNA anak Altantuya dan hasil analisisnya memang mengesahkan bahawa anak itu tiada hubungan dengan rakyat Malaysia.

“Dari dulu kami sudah beritahu bahawa kanak-kanak itu adalah hasil perkahwinan Altantuya dengan bekas suaminya, saya harap perkara ini tidak dibesar-besarkan lagi,” katanya.

Pembunuhan Altantuya, 28, seorang model sambilan, mendapat liputan meluas media tempatan setelah cebisan mayatnya ditemui di Empangan Subang, Puncak Alam, di Shah Alam pada Oktober tahun lalu.

Ekoran itu, dua anggota polis C/Insp. Azilah Hadri, 30, dan Korporal Sirul Azhar Umar, 35, dituduh di mahkamah kerana membunuh Altantuya, manakala penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, menghadapi pertuduhan bersubahat dengan mereka membunuh wanita itu.

Perbicaraan kes itu akan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 Jun.

Pada 14 Mac lepas, dua pegawai polis dan seorang pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berlepas ke Ulan Bator untuk menjalankan ujian DNA dengan bantuan Interpol Mongolia

Ijok, E-Joke dan KELDAIAN

Malam tadi ronda-ronda ke seluruh DUN N11 Ijok. Puas pusing cari pokok Ijok yang kononnya menjadi sumber kepada nama Ijok.

Sebenarnya pokok ijok tidak pernah wujud dan nama Ijok diambil dari bahasa jawa yang bermaksud hijau. Yanti bukan orang jawa tapi keturunan minang, orang kata minang dengan jawa dulu-dulu tak ngam dan ‘minang’ itu sendiri bermaksud menang kerana kemenangan laga kerbau dengan jawa. Ala itu dulu lah.

Bila sebut pasal hijau, teringat pula PAS tidak bertanding disini tetapi mereka berkempen membantu parti E-Joke KELDAIAN. Mengapa Yanti kata parti KELDAIAN ini E-Joke… Sebab mereka sebenarnya bertanding bukan untuk menang tetapi sekadar untuk berceramah dan menyampaikan lawak jenaka parti KELDAIAN mereka.

Ijok akan menjadi E-Joke kepada parti KELDAIAN pada 28 haribulan nanti.

Lama sanga rasanya berada di E-joke ni. Di Batu Talam 2 minggu tak terasa dan di Machap 10 hari rasa macam 3 hari. Di E-joke rasa macam sebulan berada disini.

10 Faktor Kemenangan BN di Ijok

Walaupun parti-parti politik yang bertanding mengatakan mereka akan menang, namun adalah sukar untuk membuat ramalan keputusan dalam mana-mana pilihanraya kecil sehinggalah pada beberapa hari terakhir menjelang pengundian. Itulah juga yang dapat dikatakan mengenai peluang Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding dalam pilihan kecil N11 DUN Ijok, Selangor.

Pada 28 April ini, 12,272 orang pengundi berdaftar pelbagai bangsa akan berpeluang untuk membuat pilihan. Merekalah yang menjadi penentunya. Adakah mereka akan memilih aktivis sosial dan seorang bekas pendidik muda berusia 38 tahun, ataupun seorang pencen berusia 61 tahun yang bergantung kepada rekodnya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi membantu orang Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

Sebagai sebuah parti yang memegang kerusi ini sebelum kematian Dato’ K Sivalingam, Barisan Nasional ingin terus mengekalkan pegangan kerusi tersebut. Kejayaan parti ini akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah:

Pertama, mengekalkan perpaduan dalaman parti. Perpecahan seringkali merupakan faktor yang menyumbang kepada kekalahan sesebuah parti politik. Setakat ini, Barisan Nasional telah dapat mengatasi perkara ini dengan cukup baik. Pada mulanya P. Thirumoorthy, Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor dikatakan merajuk kerana tidak terpilih sebagai calon. Bagaimanapun, dia kini kembali bersama-sama dengan Barisan Nasional bagi menentukan kemenangan K. Parthiban. Walaupun ada beberapa pihak yang kurang senang dengan Dato’ Seri S Samy Vellu, ternyata beliau adalah seorang pemimpin India yang dapat menyatukan komuniti tersebut.

Kedua, mengelakkan serangan peribadi. Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melakukan kesilapan besar apabila dia menyerang Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak dengan cuba mengaitkannya dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Najib sebaliknya tidak menyerang balik dan mengingatkan Anwar bahawa dia juga mempunyai anak dan isteri. Sekiranya Anwar memikirkan akan dapat meraih undi Melayu dengan membuat serangan tersebut, ternyata dia silap. Orang Melayu yang terkenal dengan budi bahasa sukar menerima pendekatan kempen yang sedemikian. Tidak mustahil PKR akan kehilangan undi disebabkan sikap agresif serangan itu. Pun begitu, adalah tidak mustahil juga sekiranya PKR terus menyerang peribadi-peribadi lain bertujuan mengelirukan pengundi di Ijok. Pendekatan “hit and run” secara berterusan boleh mengelirukan pengundi dan menarik mereka mengundi pembangkang.

Ketiga, meyakinkan pengundi Melayu bahawa Barisan Nasional akan mengambil berat hal-ehwal dan kebajikan mereka. Sebahagian pengundi Melayu melahirkan kebimbangan ini dan Barisan Nasional menjelaskan bahawa pengerusi Barisan Nasional negeri dan pusat adalah orang Melayu walaupun calon di Ijok adalah wakil MIC. Ini adalah satu penjelasan yang rasional dan boleh difahami dengan mudah.

Keempat, mengelakkan perangkap provokasi pembangkang. Sebagai sebuah parti pemerintah, Barisan Nasional perlu cukup berhati-hati dengan provokasi pembangkang. Ini penting kerana Barisan Nasional tidak seharusnya dilihat melatah dan hilang kawalan. Pembangkang akan terus membuatkan Barisan Nasional marah dengan membangkitkan isu-isu tertentu; hatta isu serangan peribadi. Kemampuan Barisan Nasional untuk menangani isu-isu ini dengan penuh berhemah akan membantu kemenangan mereka.

Kelima, kemampuan Barisan Nasional untuk menjelaskan isu-isu rakyat. Sudah menjadi lumrah politik, pengundi akan menggunakan kesempatan pilihanraya kecil untuk membangkitkan masalah pembangunan yang tertunggak. Ini tidak sewajarnya dilihat sebagai sesuatu yang negatif. Sebagai parti pemerintah, Barisan Nasional harus menyelesaikannya dengan baik. Usaha-usaha Barisan Nasional di Ijok telah memberikan manfaat kepada penduduk setempat. Ini akan membantu parti itu mengekalkan kerusi tersebut.

Keenam, rasa curiga rakyat dengan pakatan PKR, PAS dan DAP. Sebuah laman web mengadakan satira dan menganggap pakatan itu sama seperti lagu “Madu Tiga” yang dinyanyikan oleh Allahyarham P. Ramlee. PAS dan DAP umpama isteri yang bermadu. Mereka saling bergaduh, tetapi “lembut” dengan pujukan PKR. Kedua-dua parti itu tidak boleh duduk sebumbung, tetapi boleh bersama-sama mengiringi “suami” mereka ke pusat penamaan calon. Selama mana PKR, PAS dan DAP gagal untuk menjelaskan pakatan mereka, selama itulah isu ini akan terus menghantui gagasan pembangkang. Dalam konteks politik di Malaysia, rakyat masih belum bersedia untuk menerima “marriage of convenience” atau “kahwin muta’ah.”

Ketujuh, faktor Anwar. Ini boleh menjadi positif atau negatif. Kegagalan Anwar untuk mengiringi Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu penamaan calon menimbulkan banyak tanda tanya. Ada yang membuat telahan bahawa Anwar masih belum sedia untuk bersemuka dengan sahabat-sahabat lamanya dalam UMNO atas alasan yang diketahuinya sendiri. Malah, beberapa orang penyokong PAS yang bersedia untuk berkempen untuk PKR mula melahirkan kecurigaan dengan niat sebenar Anwar tidak hadir pada hari penamaan calon itu.

Kelapan, kelemahan jentera pilihanraya PKR. Berbanding PAS atau DAP, jentera pilihanraya PKR cukup lemah. Ia tidak mempunyai cawangan dan ahli yang banyak. Untuk sekian lama, PKR tidak mempunyai cawangan dan keahlian yang mencukupi di Ijok untuk memberikan saingan kepada Barisan Nasional. PKR terpaksa bersandar kepada “nama” Khalid yang cuba digambarkan sebagai “tokoh korporat Melayu.”

Kesembilan, kesungguhan PAS dan DAP untuk membantu. Kedua-dua parti itu telah menyatakan kesediaan untuk membantu PKR. Cuma, sejauh manakah kesungguhan kedua-dua parti itu untuk turun ke padang? Sewaktu pilihanraya kecil di Machap dulu, Anwar hanya turun pada beberapa hari terakhir menjelang pengundian. DAP ternyata kurang senang dengan cara PKR dan ia dijangka menjadi pertimbangan parti itu dalam membantu PKR di Ijok. Sekiranya DAP turun padang, ia lebih bertujuan menjamin political survival parti itu daripada untuk memenangkan PKR.

Kesepuluh, kekuatan jentera pilihanraya Barisan Nasional. Kekuatan ini diperlihatkan sewaktu hari penamaan calon baru-baru ini. Bilangan penyokong Barisan Nasional yang hadir lebih lima kali ganda bilangan penyokong PKR. Penyokong PAS dan DAP tidak kelihatan secara jelas walaupun beberapa orang pemimpin kedua-dua parti itu hadir pada hari penamaan calon. Bilangan penyokong Barisan Nasional yang besar ini diterjemahkan sebagai jentera parti yang akan berkempen dan cuba mencapai kesemua 12,272 orang pengundi berdaftar di Ijok.

Inilah antara faktor-faktor yang dijangka menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional pada 28 April nanti. Sekiranya ini berlaku, maka sudah sampai masanya untuk parti-parti pembangkang kembali melihat agenda kerjasama antara mereka kerana tentunya pilihanraya umum akan diadakan dalam jangka masa terdekat. Kemenangan lima pilihanraya kecil iaitu Kuala Berang, Pengkalan Pasir, Batu Talam, Machap dan Ijok memberikan petanda kepada Perdana Menteri bahawa masanya sudah sampai untuk mengadakan pilihanraya umum.

Ketika itu, tentulah tidak sukar untuk membuat ramalan mengenai parti manakah yang akan membentuk kerajaan. Petunjuknya adalah pasti.

analisis

PRK N11 Ijok – ABD KHALID BIN IBRAHIM

Kad Pengenalan : 461214105273 / 0556617
Nama : ABD KHALID BIN IBRAHIM
Jantina : LELAKI
Lokaliti : 105 / 34 / 05 / 003 – JLN 16/2
Daerah Mengundi : 105 / 34 / 05 – SEKSYEN 16
DUN : 105 / 34 – BUKIT GASING
Parlimen : 105 – PETALING JAYA SELATAN
Negeri : SELANGOR

Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my

Parti KELDAIAN

PRK N11 Ijok – Kebebalan Ucapan Anwar Ibrahim

“Dia (Najib) kata saya serang peribadi (dalam kes Altantuya).Saya bukan serang peribadi, saya cuma minta dia jawab samada kenal atau tidak Altantuya? Kenapa orang kanannya (Think Tank Najib), Abdul Razak Baginda boleh terlibat?.

“Kenapa dua anggota unit tindakan khas (UTK) boleh terlibat dan kenapa boleh bahan letupan C4 yang ada tertulis Kementerian Pertahanan digunakan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribu?.Saya tidak tuduh, kenapa dia nak marah,” katanya sambil disahut dengan tepukan gemuruh kira-kira 800 kaum Tiong Hua yang menghadiri jamuan makan malam bersama Anwar di Simpang Tiga Ijok dekat sini malam tadi. Anwar mengulangi cabarannya ke atas Najib supaya TPM itu menyaman beliau sekiranya mendapati apa yang disebutnya adalah satu penipuan.

Bahagian Mana paling melucukan dalam ucapan Anwar ini?

Suruh Anwar tu beli mercun … pastu hang cucuh dan cari residue dia .. Boleh nampak ka MADE IN CHINA . Yang tahu mungkin tukang cucuh mercun tu made in mana-mana.

Kena bodoh 800 orang tepuk tangan …siap ada tertulis kementerian pertahanan… sebenarnya kalau apa yang tertulis cuma C4 dan HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA. Cuba tanya orang ijok yang bekerja di Malaysia Explosive dan Tenaga Kimia Batu Arang. Apa yang tercetak pada Peluru dan bahan Peledak. Kalau ada pekerja SME dan TK di Ijok ini yang bertepuk sama memang lah diorang pun sama bodoh macam Anwar Ibrahim.

kalau dah cerita penipu…kaki berlakon….kata kena arsenik…kata kena suntik hiv….tipu lah macmana pun….tetap ikut pintu belakang yang terlarang….

Tapi apa yang nak di hairankan Al Juburi pun bukan pandai sangat. Ijazah sarjana muda pun tak lepas, setakat dapat ijazah am.

PRK N11 IJOK – Insiden yang tidak di ingini ketika proses pernamaan calon

Insiden baling membaling botol dan kayu sehingga FRU terpaksa campurtangan. 3 insiden.

Keldaian ni memang takde kerja lain, fanatik nak mampos. Kat Lunas buat hal.

Tiap kali kalau Keldaian bertanding, mesti isu politik kaum akan timbul, undi ikut kaum mesti timbul.

Lepas tu keganasan kerap berlaku. Pergaduhan antara penyokong parti.

Semasa di Machap dimana DAP bertanding tidak pula berlaku sebegini

Ini agenda siapa ni ? Tiap tiap kali mesti parti Keldaian.

PRK N11 IJOK – Berita II

Hak kerajaan laksana pembangunan bila-bila masa

IJOK 18 April – Kerajaan berhak melaksanakan kerja-kerja pembangunan, seperti
pembaikan dan penurapan jalan pada bila-bila masa demi kepentingan rakyat, kata
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Thirumoorthy kembali sokong calon BN

IJOK 18 April – Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor, P. Thirumoorthy yang
mengumumkan hasrat meletakkan jawatan kelmarin kerana kecewa tidak dipilih
sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, hari ini kembali
menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), K. Parthiban.

Khalid dakwa pembangunan di Ijok lambat

KUALA LUMPUR 18 April – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional
Berhad, Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini menyertai parti pembangkang berkata,
beliau mengambil keputusan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri
Selangor kawasan Ijok dengan alasan kawasan itu masih ketinggalan daripada segi
pembangunan.

DAP beri laluan kepada PKRR

KKUALA LUMPUR 18 April – DAP tidak akan meletakkan calonnya, sebaliknya memberi
laluan kepada sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding pada
pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, 28 April ini.

Jangan timbulkan kekacauan – Musa

KUALA SELANGOR 18 April – Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana
pihak yang cuba menimbulkan kekacauan pada hari penamaan calon pilihan raya
kecil Ijok, esok dan sepanjang tempoh kempen sehingga hari pengundian pada 28
April ini.

Penulis blog perlu lebih bertanggungjawab – Dr. Mahathir

PUTRAJAYA 18 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa para penulis blog yang
kini dianggap sebagai sumber maklumat alternatif bersikap lebih bertanggungjawab
dengan menyiarkan laporan yang betul.

Pertandingan Satu Lawan Satu BN Dan PKR Di Ijok

SATU LAWAN SATU… Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok K.Parthiban dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) bersalaman selepas penamaan calon di dewan orang ramai Batang Berjuntai. Foto: Razali Nordin

KUALA SELANGOR, 19 April — Barisan Nasional (BN) dicabar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertandingan satu lawan satu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, pada 28 April ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Haris Kasim mengumumkan bahawa calon BN K. Parthiban dan calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana hanya dua pencalonan diterima.

Ini adalah cubaan kedua PKR setelah calonnya Abdul Rahman Moharam tewas kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk K. Sivalingam pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 1,649 undi.

Ketika membuat pengumuman mengenai pertandingan bagi pilihan raya kecil itu di pentas khas di luar Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai di sini pada pukul 11.05 pagi, Haris berkata tiada sebarang bantahan diterima terhadap pencalonan mereka dan tiada kertas pencalonan ditolak.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan tepukan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti dengan kedua-dua calon BN dan PKR itu diapit oleh beberapa pemimpin tertinggi parti masing-masing.

Terdahulu pada pukul 11 pagi Haris mengumumkan bahawa waktu bantahan untuk pencalonan bagi pilihan raya kecil itu ditutup.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang dari BN Sivalingam, 59, di Chennai, India akibat sakit jantung pada 4 April lepas.

Antara pemimpin parti komponen BN yang hadir memberi sokongan kepada Parthiban ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Timbalan pengerusi BN; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, yang juga Pengerusi BN Selangor; Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu; Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy; Presiden PPP Datuk M. Kayveas; dan Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Sementara itu Abdul Khalid pula diiringi oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa; dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Terdahulu Parthiban, 38, yang juga setiausaha MIC bahagian Tanjung Karang, mengemukakan kertas pencalonannya 20 minit selepas penamaan calon dibuka di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai pada 9.00 pagi.

Pencalonan beliau dicadang oleh Rahim Mohd Yatim dan disokong Chong Yau Peng.

Abdul Khalid, 61, yang merupakan Pengerusi PKR Selangor pula menyerahkan kertas pencalonannya pada 9.36 pagi.

Pencalonan Khalid dicadangkan oleh Abdol Raman Moharam dan disokong Mohd Yusof Abdul Rahim.

PRK N11 IJOK: Berita

Calon BN Ijok seorang muda, lawa – Samy Vellu
KUALA SELANGOR 15 April – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu membayangkan
calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kawasan Ijok merupakan seorang muda dan lawa.

Pemuda BN beri amaran dedah helah pembangkang
IJOK 15 April – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan mendedahkan setiap strategi
dan tipu helah pembangkang yang cuba memecah-belahkan masyarakat dengan
menggunakan isu perkauman serta agama pada pilihan raya kecil Dewan Undangan
Negeri (DUN) Ijok yang bakal berlangsung 28 April ini.

BN sedia hadapi isu perkauman
SUBANG 15 April – Barisan Nasional (BN) bersedia berhadapan dengan isu perkauman
yang mungkin akan dimainkan oleh parti pembangkang dalam pilihan raya kecil
Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr.
Mohamad Khir Toyo.

Ahli perniagaan umum bertanding calon bebas
KUALA LUMPUR 15 April – Seorang ahli perniagaan K. Loganadan, 47, hari ini
mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Dewan
Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok.

Penduduk yakin kepimpinan BN terajui Ijok
IJOK 15 April – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 28
April ini dilihat memberi petanda awal yang positif kepada calon Barisan
Nasional (BN) untuk menguasai serta mengukuhkan kepimpinan mereka di kawasan
itu.

Calon BN bakal peroleh sokongan padu pengundi Cina

PARIT BUNTAR 15 April – MCA memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN) yang
bakal bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada
28 April ini memperoleh sokongan tidak berbelah bahagi daripada pengundi Cina.

UMNO yakin kekalkan kerusi DUN Ijok

BEAUFORT 15 April – UMNO yakin dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Ijok meskipun berdepan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang
dikatakan bakal menampilkan calon Melayu.

PRK N11 IJOK: PETA IJOK

KELUASAN IJOK :
95 KM PERSEGI
LOKASI :
BARAT – UTARA SELANGOR
BILANGAN PEMILIH :
12,272
PECAHAN PENGUNDI :
12,233 BIASA, 39 POS
PECAHAN KAUM :
51.04%, 20.59% DAN 28.16%
BILANGAN DM/PUSAT MENGUNDI : 9
BILANGAN TM/SALURAN :
28 + 1 (POS)
BILANGAN LOKALITI :
154

PRK N11 Ijok: Ahli Perniagaan Umum Bertanding Sebagai Calon Bebas

KUALA LUMPUR, 15 April — Seorang ahli perniagaan K.Loganadan, 47, hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Loganadan berkata keputusan itu tidak didorong oleh sesiapa, sebaliknya untuk berkhidmat di kawasan itu kerana beliau mendakwa tidak banyak pembangunan dan kemajuan dibawa oleh wakil rakyat terdahulu.

Loganadan yang kini menetap di Klang, dilahirkan di Ladang Caledonian, kira-kira lima kilometer dari pekan Ijok dan mendapat pendidikan rendah di sekolah Tamil di situ sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Batu Arang dan Batang Berjuntai.

“Saya adalah anak tempatan dan tinggal di sana selama 18 tahun dan cukup tahu masalah di situ,” katanya yang juga Timbalan Presiden Kelab Motivasi Insan Cemerlang Selangor, sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Loganadan mendakwa beliau pernah menjadi anggota MIC selama kira-kira lapan tahun dan mempunyai ramai kenalan serta sanak-saudara di Ladang Caledonian yang turut termasuk dalam DUN Ijok.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pilihan raya kecil DUN kawasan Ijok pada 19 April dan jika ada pertandingan, pengundian pada 28 April.

Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu Datuk K.Sivalingam di Chennai, India pada 4 April lepas akibat serangan jantung.

PRK N11 Ijok – Ketua MIC Kuala Selangor Ancam Untuk Letak Jawatan

KUALA SELANGOR, 15 April (Bernama) — Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor S.P. Thirumoorthy hari ini mengancam untuk meletakkan jawatannya jika beliau tidak dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok akhir bulan ini.

Thirumoorthy, 55, seorang guru sekolah menengah, mendakwa 18 ketua cawangan daripada 36 cawangan parti MIC di kawasan pilihan raya Ijok itu akan turut meletakkan jawatan bersamanya.

Beliau, yang menjadi ketua bahagian sejak 1994, berkata beliau difahamkan bahawa calon BN bukan dari kalangan ahli bahagian MIC Kuala Selangor.

BN dijangka mengumumkan calon esok.Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu ketika diminta mengulas tindakan Thirumoorthy itu, berkata beliau tidak akan melayan tuntutannya.”Ia adalah hak Presiden MIC untuk memutuskan calon.

Pengerusi BN (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) telah meluluskan nama calon. Saya juga memaklumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo,” katanya pada sidang media di Batang Berjuntai dekat sini.

Thirumoorthy mendakwa semua usaha kerasnya berkempen untuk calon-calon MIC, kebanyakannya orang dari luar Ijok atau luar Kuala Selangor, sejak beberapa pilihan raya lepas tidak dihargai oleh pucuk pemimpin parti itu.

Susulan itu, Samy Vellu, berkata Thirumoorthy adalah antara mereka yang menyebabkan perpecahan di bahagiannya untuk sekian lama.

“Dia (Thirumoorthy) tidak pernah diterima sebagai ketua oleh semua orang. Pada pemilihan bahagian lepas, terdapat banyak aduan terhadapnya. Saya menyelamatkannya. Saya juga mempunyai 98 peratus sokongan daripada cawangan di sana,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menghargai sumbangan Thirumoorthy seperti yang didakwa, Samy Vellu berkata: ” Mereka boleh pergi…Semua orang di Ijok akan tetap bersama kami. Bagaimanapun, saya hargainya kerana menikam parti dari belakang. Saya tidak akan menemuinya lagi, kami tidak suka pengkhianat.”

Samy Vellu juga mendakwa bahawa Thirumoorthy adalah antara mereka yang cuba menikam parti dari belakang apabila menaja seorang calon bebas pada pilhan raya umum lepas pada 2004 bagi menentang mendiang Datuk K. Sivalingam.

Ditanya sama ada beliau akan menerima peletakan jawatan Thirumoorthy, Samy Vellu menjawab: “Saya tidak mahu sebarang peletakan jawatan… biar dia berambus.

“Samy Vellu berkata calon MIC yang akan diumumkan esok diterima baik bukan sahaja oleh pengundi kaum India tetapi juga pengundi lain kerana calon itu merupakan seorang anak muda tempatan, berpendidikan dan diterima di peringkat akar umbi.

Kerusi DUN Ijok kosong setelah Sivalingam meninggal dunia di Lapangan Terbang Chennai, India akibat serangan jantung pada 4 April lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 19 April dan jika ada pertandingan, pengundian pada 28 April.

BN kekalkan kerusi DUN Machap

ALOR GAJAH 12 April — Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan majoriti 4,081 undi dalam pertandingan satu lawan satu antara calonnya, Lai Meng Chong dengan calon DAP, Liou Chen Kuang hari ini.
Kemenangan BN diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hasim Ismail di pusat penjumlahan undi di Kompleks Japerun Machap, Bukit Bulat di sini pada pukul 8.22 malam ini.
Lai, 56, seorang anak tempatan memperoleh 5,533 undi, manakala Liou, 33, yang kali kedua dipertaruhkan oleh DAP untuk kerusi yang sama, memperoleh 1,452 undi.
Sebanyak 74.35 peratus daripada 9,623 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu keluar mengundi mulai pukul 8 pagi ini hingga pukul 5 petang ini di lapan pusat mengundi yang menyediakan 19 saluran mengundi.
Pilihan raya kecil DUN Machap diadakan berikutan kematian Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Negeri, Datuk Wira Poh Ah Tiam pada 15 Mac lepas.
Pada pilihan raya umum 2004, Poh menewaskan Liou dengan majoriti 4,562 undi. Poh memperoleh 5,487 undi manakala Liou mendapat 1,285 undi.
Pemilih berdaftar di DUN Machap terdiri daripada kira-kira 45.9 peratus kaum Cina, 39.83 peratus Melayu dan 14.09 peratus India.
Daripada jumlah pemilih itu, 9,515 adalah pemilih awam, manakala 108 lagi adalah pemilih pos.
Kawasan Machap Baru mempunyai pengundi paling ramai iaitu sebanyak 2,161 orang, diikuti Machap Umbor sebanyak 1,647, Tebong (1,738), Melaka Pindah (1,388), Felda Tun Ghafar Hutan Percha (1,159), Solok Menggong (613), Ayer Pasir (459) dan Kemuning (458).
Kawasan DUN Machap yang terletak kira-kira 10 km. dari sini, merangkumi seluas 161.2 km. persegi, satu daripada lima DUN dalam Parlimen Alor Gajah selain Rembia, Gadek, Durian Tunggal dan Asahan.

Penamaan Calon P.raya Kecil Ijok 19 April, Mengundi 28 April

PUTRAJAYA, 11 April — Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Ijok ialah pada 19 April dan jika ada pertandingan, pengundian pada 28 April.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan demikian di sini hari ini selepas SPR mengadakan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil itu.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN tersebut Datuk K.Sivalingam di Chennai, India, akibat serangan jantung pada 4 April lepas.
Sivalingam, 59, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perpaduan dan Pekerja Ladang Selangor, memenangi kerusi itu untuk penggal ketiga dalam pilihan raya umum lepas dengan menewaskan Abdul Rahman Moharam dari parti Keadilan dengan majoriti 1,649 undi.
Menurut Abdul Rashid bagi tujuan pilihan raya kecil itu, SPR menentukan bahawa daftar pemilih yang dikemaskinikan sehingga 4 Apr 2007 akan digunakan.
Mengikut daftar pemilih tersebut DUN N11 Ijok mengandungi 12,272 pemilih iaitu 12,233 pemilih awam dan 39 orang pemilih pos. Pengundi Melayu sebanyak 51.04 peratus, India 28.16 peratus dan Cina 20.59.
Katanya writ pilihan raya kecil itu dikeluarkan hari ini (11 Apr) manakala notis pula dikeluarkan esok (12 Apr).
Abdul Rashid berkata pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi adalah di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai di Jalan Kuala Selangor.
Menurut beliau undi akan dikira di pusat pengundian. Terdapat sembilan pusat pengundian melibatkan 28 saluran dan dari jumlah itu lapan merupakan sekolah kerajaan dan sebuah sekolah agama.
Beliau juga mengumumkan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor Haris Kasim sebagai Pegawai Pengurus bagi pilihan raya kecil itu dengan dibantu oleh dua orang penolong pegawai pengurus.
Katanya, seramai 169 orang kakitangan dikenalpasti untuk dilatih bagi menjalankan urusan pilihan raya kecil itu dengan peruntukan RM150,000.
Menurutnya jumlah itu melebihi peruntukan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Machap kerana ia melibatkan jumlah pengundi serta kawasan yang lebih besar.
Abdul Rashid mengingatkan semua pihak terutama parti politik, calon, petugas parti dan individu yang terlibat dalam pilihan raya itu supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta prosedur pilihan raya dan tatasusila berkempen.
“Saya berharap tidak berlaku sebarang perkara yang boleh mengeruhkan keadaan dari awal sehingga akhir,” katanya.
Katanya beliau telah membincangkan keadaan di Ijok dengan Haris dan menurutnya pengundian boleh dijalankan dengan lancar memandangkan Ijok mempunyai sistem rangkaian jalan raya yang baik.
Beliau juga berkata penggal Dewan Undangan Negeri Selangor dikira bermula 13 April 2004.

Penamaan Calon Bagi Kerusi DUN Ijok Pada 19 April

11 April, 2007 11:45 AM

Penamaan Calon Bagi Kerusi DUN Ijok Pada 19 April

KUALA LUMPUR, 11 April — Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok, Selangor ditetapkan pada 19 April dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 28 April, Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan di Putrajaya hari ini.

Anggota Exco Selangor Meninggal Dunia Di Chennai

NEW DELHI, 4 April — Anggota exco kerajaan negeri Selangor Datuk K. Sivalingam meninggal dunia hari ini selepas rebah di Lapangan Terbang Chennai sebaik tiba dari Malaysia.

Sivalingam, 59, meninggal dunia sekitar 10.40 pagi (1.10 petang waktu Malaysia) dipercayai akibat serangan jantung, kata pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Setelah rebah, beliau dibawa ke hospital berdekatan, kata pegawai itu.

Sivalingam adalah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok.