Lina Joy Gagal Dalam Rayuan Gugur Perkataan Islam

PUTRAJAYA, 30 Mei — Azlina Jailani, wanita yang menukar agama ke Kristian, gagal dalam rayuannya hari ini untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara memadamkan perkataan “Islam” daripada kad pengenalannya.

Dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Azlina, 42, yang telah menukar namanya ke Lina Joy, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum JPN boleh menggugurkan perkataan “Islam” dalam kad pengenalannya.

Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata JPN berhak untuk menggenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Ahmad Fairuz dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Sherif menolak rayuan itu manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum, membenarkan deklarasi yang dipohonnya.

Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan “Islam” daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.

Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.

Pada 2 Feb 1997, dia memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dengan alasan dia telah menganut agama Kristian tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos 1997

Motorola Z8

Phone
Phone type Triband
Networks GSM 900, GSM 1800, GSM 1900
Connectivity options 3G, EDGE, GPRS, HSDPA, Java, Bluetooth, USB
Calling Features Video calls
Physical design
Form factor Slider
Dimensions (W x D x H) 109 x 50 x 15.5 mm
Weight w/battery 112 g
Primary display type TFT
Secondary display type None
Secondary display resolution x pixels
Interchangeable covers? No
General
LCD display size 2.2-inch screen; QVGA (320 x 240 pixels)
Color LCD? Yes
Primary Display Color 24 bit
Performance
Operating system Linux
Battery type(s) supported Rechargeable, removable 1,030mAh Lithium-ion battery
Max. talktime (in hours) 5 hours
Max. standby time (in hours) 384 hours
Internal memory 90 MB
Expansion slot(s) TransFlash / microSD
Other Features
Additional functions Onboard TI 2420 processor; supports OTA download of applications and games; second VGA camera for video calls
MMS? Yes
Predictive text input? Yes
Polyphonic? Yes
Built-in vibrate alert? Yes
Multimedia
Built-in digital camera? Yes
Maximum camera resolution 2 megapixels

BOSAN

Hidup ini memang sering adakalanya sangat membosankan sehinggakan apa sahaja yang kita lakukan tidak dapat diterima oleh tubuh kita sendiri.

Kebosanan itu mungkin berpunca dari persekitaran kita yang penuh dan sarat dengan keadaan yang tiada makna. Saya cukup malas sebenarnya untuk menceritakan keadaan sebenar saya yang mempunyai persekitaran yang tidak sihat.

Five (5) M – Mengata, Mengutuk, Mengumpat, Membenci, Menghukum.

5 M ini jika tidak diatasi dengan pemikiran yang baik dan jati diri yang kuat, pastinya kita akan rebah di pangkuan mereka yang mempunyai 5 M ini.

Kadangkala kesalahan yang tiada kena mengena dengan mereka menjadi punca yang tiada makna untuk mereka melakukan 5 M. Memang hakikat hidup bermasyarakat di Malaysia ini khususnya mereka yang menggelarkan diri mereka melayu tidak dapat tidak ‘rahsia dalaman’ setiap individu itu menjadi satu kisah yang patut dipertontonkan dan diceritakan serta dihujahkan sesama mereka ahli 5 M.

Adakah itu realiti hidup bermasyarakat? Mestikah hakikat itu patut diterima? Selayaknya mereka yang berbangga dengan pekerjaan, pendidikan akademik dan agama, berusia emas, berakhlak mulia dan yang penting kononnya berbudi serta berbahasa tidak patut melakukan 5 M.

Tapi saya penuh kehairanan mengapa budaya sebegini kurang adanya pada kaum yang lain seperti kaum cina dan mereka yang berbangsa Eropah. Jika persoalannya diajukan pada mereka ahli2 5 M ini pastinya jawapan mereka, biasalah hidup bermasyarakat……………

Secara baiknya, mereka ahli 5 M ini patut dijauhi oleh mereka yang tak mahu berdebat dan terlibat secara lansung mahu tidak lansung. Biarlah kita dikatakan tidak bercampur gaul dengan orang. Tiada faedah lansung jika bercampur dengan mereka ahli 5 M ini. Lebih menyakitkan jika kita sahaja yang mereka nampak salahnya sedangkan perbuatan mereka lebih teruk.

biasalah hidup bermasyarakat………….

Susah tak ada siapa yang nampak, bila senang kitalah yang dia nampak.

Mungkin mereka yang tiada lansung niat nak buat 5 M ini memang lebih suka menyendiri. Kata nabi, diam itu lebih baik dari berkata-kata.

Mungkin inilah sebabnya yek.