Selamat Datang Keresahan (Versi Jawi)

سلامت داتڠ كريسهن يڠ ابادي…. كريسهن لاهير عقيبة برستوبوه دڠن كدوكأن، كدوكأن مونچول كدونيا برسام اداڽ بهاڬيا.

ريسه، دوك دان بهاڬيا لاهير كران اداڽ چينتا

DOA

Yang ini aku pernah tulis 2 tahun dulu mengisahkan seorang sahabat aku yang dah lama tak jumpa. Alhamdulillah sekarang dia dah bahagia dengan yang lain, tetapi….

MasyaAllah. Doa mana boleh tarik balik.

Saja aku upkan balik cerita yang aku tulis tahun 2005 disini dalam versi jawi.

……
Semalam jumpa kawan lama. Tergerak bertanya apa kesudahan kisah percintaannya dengan Marziana (bukan nama sebenar ?).

“Tak de jodoh” jawabnya ringkas.

“Semua kerana doa aku kepada الله

Terkejut aku…selalunya kita berdoa untuk kebaikan, pertemuan tapi doa kawan aku ni menyebabkan perpishan.

Kawan aku terus bercerita mengenai doa.. Katanya kalau berdoa kita kena ikhlas, tiada syarat.

Rupanya kawan aku pernah berdoa kepada tuhan sagar dia dipertemukan jodoh dengan Marziana ‘Sekiranya Dia Masih Suci’ .

Disaat cinta sudah mendalam dan seakan sukar dipisahkan, kawan aku dapat tahu orang yang dicintai sudah tidak suci.

Kerana rasa cinta yang mendalam kawan aku ini tidak memperdulikan soal kesucian.

Di takdirkan tuhan mungkin kerana doanya sebelum ini maka perpisahan akhirnya berlaku. Putuslah percintaan sahabat aku ini. Dapat ku lihat wajah penuh kekecewaan pada diri kawan aku ini.

“Berdoalah dengan ikhlas, jangan ada syarat..” itu pesannya kepada ku.

“انشاءالله” jawab ku.

Tersentuh hati aku dengan nasib kawan aku. Tapi kita tidak boleh menolak takdir.

Mengapa kita mempersoalkan tentang kesucian seandainya kita benar-benar menyintainya. Tiada manusaia tidak melakukan kesilapan. ‘Virgin were not the indication of truth love!’

Ingatlah apa saja yang keluar dari mulut kita adalah merupakan doa. Bercakap lah sesuatu yang baik dan berdoalah untuk kebaikan. Fahami masksud dan etika ketika berdia.

Hanya الله jua yang maha mengetahui perjalanan hidup insan. Kita ni sudah di ‘programkan’. Jangan angkuh walau siapa diri kita.

Aku akan berdoa tanpa syarat. Aku akan berdoa setulus hati. Semuga الله mengabulkan permintaan aku ini.

Apa doa aku… biarlah menjadi rahsia peribadi aku.

p/s: Dah memang tak ada jodoh, nak buat macam mana. Semuga الله mempertemukan kita jodoh yang lebih baik.

Kawan… jangan la marah aku tulis cerita engkau kat sini. Cerita engkau ni bagus buat pengajaran. ….

‘Body Smell’ atau ‘Smell Of Love’

Ini pun cerita lama yang aku naikkan semula..

….. Aku terbaca kajian menegenai bau badan. Lebih 50% lelaki di Peranchis tertarik kepada wanita kerana bau badan. Bukan bau wangian yang dipakai. Aku terfikir, negara yang terkenal dengan wangi-wangian tetapi mengapa lelakinya lebih terpikat kepada bau badan. Memang manusia bersikap sebaliknya, berlawanan.

Aku juga mengalami hal demikian. Aku tertarik kepada seseorang kerana bau badan dan aku sering berharap dapat berada berdekatan dengannya.

Mula aku berjumpa dengan dia kira-kira setahun yang lalu. Semenjak dari itu aku kerap teringat bau badannya.

Setelah lebih setahun aku tidak mendapat peluang bertemu dengannya.Akhir-akhir ini aku berpeluang mendekatinya semula dan aku sering mencari jalan untuk mendekati.

Aku boleh mengetahui kehadirannya hanya dengan bau badan. Lebih dari itu aku seolah-olah dapat menghidu kehadirannya lebih awal bila fikiran ku terbayangkan bau tersebut.

Kata mak aku, bau akan jadi penarik kalau ada rasa cinta dan tidak menarik bila sebaliknya. Aku katakan mungkin ya dan tidak. Kerana pada mula aku tertarik kepada bau badannya, aku tidak memiliki rasa cinta terhadapnya. Mungkin juga bau badan boleh meransang cinta. ‘body chemistries’, begitulah pendapat mak aku.

Aku cuba memikir bila dimana dan mengapa bau badanya begitu. Mulanya aku menyangkakan mungkin bau badan kerana dia kurang tidur. Tapi akhirnya aku mula perasan, bau badannya akan mula terhidu selepas dia menunaikan solat. Aku memang pasti…

Entah lah, adakah cuma tertarik kepada ‘body smell‘ atau adakah ini ‘smell of love‘?

Macam musang pandan lah pulak engkau ni ….

Sihir

Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu ect.
Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.
Bagaimana kita tahu orang yang kita ‘minta tolong’ tu adalah tukan g sihir?
1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.
2. Bomoh ni akan minta binatang ‘pelik’ like ayam hitam ke, kambing putih ke etc
3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk.
Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir – telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you believe there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.
Bagaimana kita tahu kena sihir?
1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two – sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!
Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?
1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib – read loudly, not in heart! “Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi ‘aliiyil ‘azhiim” Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah. – Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati – Agar jin/syaitan lari dari rumah kita.&n bsp; Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak? – Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don’t just laugh it off. Cepat-cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.
2. Turut perintah Allah. – Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don’t prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!
3. Lebihkan zikir. – Ayatul Kursi – mengiringi tiap waktu solat fardhu – Surah Al Baqarah – baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang berm ula dari “Aamanarasul..” – Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect. Note! “Arasy” atau tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis ‘bisnes’ keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.
4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang. So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah waktu maghrib. Time to change!
5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah. – Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.
6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.
7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir – surah Al-Kauthar.
8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings. Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir. Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca: Bismillaahi (3x) A ‘uudzu bi ‘iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan. Bacalah ayat di atas 7 kali.
Kemudian baca doa: Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-a illaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa. Ertinya: Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan melainkan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.
Treating Orang ya ng Kena Sihir
1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It is a symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini, baca: – Ayatul Kursi – Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..) – Qul ~ Ahad – Qul ~ Falaq – Qul ~ Naas – Surah Yunus ayat 81 – Surah A’Raf ayat 120-121 – Surah Thaahaa ayat 69 mulai ” Wala yuflinu…”
2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.
3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.
4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.
5. Ulangi s elama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus. Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai seminggu gap…tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).
Another method is the ‘dry way’. That is, tak payah mandi, but baca terus pada pesakit sambil sapu kepala dia.
Sekian,
Wallahu a’lam.

Meneka Dalam Kesamaran

Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri

p/s: my hubby nak jumpa Ibnoor Riza. Lama x jumpa lost contact. Kalau Sesiapa yg kenal Ibnoor Riza terbaca atau Ibnoor sendiri, email lah ’email @ kamaluddin.us’ (kalau copy&paste buang space kat @ tu)

Berita dari kawan – Sempena Ramadhan

Aku bertemu seorang kawan yang hampir separuh umur ku tidak kutemui.

Aku sebenar sudah lama teringin nak berjumpa dengannya. Seorang imam yang dikenali ramai.

Kami banyak bercerita kisah lampau yang cukup menghiburkan dan memberi ketenangan dijiwa yang dah memang serabut sekarang ini.

Cerita kami banyak berkisar mengenai keagamaan. Perbulan kami terhenti ketika bilal bersiap untuk melaungkan azan.

Tiba-tiba dia berkata kepada ku “Sepatutnya bukan aku yang jadi imam sekarang ini sebaliknya engkau”

Dia mengingatkankisah lampau aku dan dia yang selalu melepak disurau sekiranya tiada aktiviti. Bersukan pun berhampiran surau.

Bila masuk waktu aku akan memberikan kain pelikat kepadanya untuk kami dapat bersama berjemaah.

Sekarang? Entahlah apa nak jadi dengan aku ni.

Mencari ketenangan

Sehari dua ini aku nak membawa diri. Korang jangan banyak tanya aku nak pegi mana.

Aku tiba-tiba hilang arah dan tumpuan. Aku tidak mampu untuk membahagiakan sesiapa. Lebih baik aku menghindari sebelum aku dihindari.

Apa saja dari aku semuanya mendapat penghinaan, perbuatan, percakapan malah diam ku dihina. Dayusnya aku..

Apa saja yang aku buat menemui kegagalan.

Hubungi aku jika aku benar-benar diperlukan walau pun aku tidak menjawap panggilan. Panggilan itu sudah cukup membuktikan kalian mengingati aku. Jangan hubungi aku sekadar untuk mendengar kata dusta. Dah puas dah.

Pengalaman aku dalam beberapa waktu ini cukup membuat aku hampir tidak lagi mempercayai ungkapan ‘ikhlas’ ‘setia’ ‘sejati’ dan yang sewaktu dengannya.

Msg aku dengan perkataan ‘RINDU’ kalau kalian benar-benar merindui kehadiranku dan aku akan menghargainya meskipun aku tidak menjawabnya. Kalau dengan perkataan ‘RINDU’ itu mengharap aku membalasnya maka korang tidak ikhlas.

Seandainya kalian tidak merindui kehadiran ku maka selepas ini aku juga tidak akan merindui kehadiran sesiapa didalam hidup akau sehingga sampai ketika takdir menemukan aku dengan ‘KERINDUAN’ yang sejati.

Aku nak buat “apa aku punya suka” dan tidak minta korang memahami jauh sekali menghormatinya.

Aku nak mencari diri aku sebenar..

Jangan ditanya kemana aku pergi

Sehari dua ini aku nak membawa diri. Korang jangan banyak tanya aku nak pegi mana.

Aku tiba-tiba hilang arah dan tumpuan. Aku tidak mampu untuk membahagiakan sesiapa. Lebih baik aku menghindari sebelum aku dihindari.

Apa saja dari aku semuanya mendapat penghinaan, perbuatan, percakapan malah diam ku dihina. Dayusnya aku..

Apa saja yang aku buat menemui kegagalan.

Hubungi aku jika aku benar-benar diperlukan walau pun aku tidak menjawap panggilan. Panggilan itu sudah cukup membuktikan kalian mengingati aku. Jangan hubungi aku sekadar untuk mendengar kata dusta. Dah puas dah.

Pengalaman aku dalam beberapa waktu ini cukup membuat aku hampir tidak lagi mempercayai ungkapan ‘ikhlas’ ‘setia’ ‘sejati’ dan yang sewaktu dengannya.

Msg aku dengan perkataan ‘RINDU’ kalau kalian benar-benar merindui kehadiranku dan aku akan menghargainya meskipun aku tidak menjawabnya. Kalau dengan perkataan ‘RINDU’ itu mengharap aku membalasnya maka korang tidak ikhlas.

Seandainya kalian tidak merindui kehadiran ku maka selepas ini aku juga tidak akan merindui kehadiran sesiapa didalam hidup akau sehingga sampai ketika takdir menemukan aku dengan ‘KERINDUAN’ yang sejati.

Aku nak buat “apa aku punya suka” dan tidak minta korang memahami jauh sekali menghormatinya.

Aku nak mencari diri aku sebenar..

Mimpi Ngeri Lagi

Tah nape selalu sangat mimpi ngeri…

Pertama kena semasa tidur di CityVilla. Terbangun jam 3:50 pagi dalam keadaan perpeluh. Cuban juga tenangkan fikiran dan sembunyikan perasaan. Tengok kawan di sebelah pun seperti menggerunkan. Seakan nak menjerit tetapi aku tahan kerana aku nak merahsiakan darinya.

Jam 5:15 orang sebelah terbangun tengok muka dia seperti menggerikan. Bila tersedar sepenuhnya barulah rasa lega.

Pagi itu aku tidak banyak bercakap dan termenung serta rasa seperti khayal.

Semenjak itu ia sentiasa datang. Dalam tidor badan seakan menguit. Kalau mengikut seorang ilmuan yang aku pernah jumpa itu petanda kena sihir.

Entah lah.. nak percaya atau tidak.

Sekarang ini aku sedang berpeluh memikirkan mimpi ngeri yang baru ku alami. Mimpi ngeri yang keberapa aku sendiri sudah tidak ingat. Dalam keadaan begini teringat semasa kecil, pelukan seorang ibu mampu memberikan ketenangan.

Tadi aku solat sunat untuk menghapus keraguan dihati. Aku berdoa dijauhkan dari ganguan-gangguan tersebut.

Mungkin kerana aku selalu lalai dengan perintahMu Ya Allah

Ya Allah hanya kepada Engkau kami memohon
Tegarkan hati kami atas segala ketentuanMu
Lapangankanlah dada kami yang penuh sesak
Berikanlah ke dalam jiwa kami
Sikap Prasangka baik terhadap orang-orang yang kau tetapkan sebagai ujian atas kami
Amin ya rabbal aalamin

Kafe siber jadi tempat murid sekolah lepak

Kadang-kadang mak bapak juga ada silapnya. Berkira sangat nak beli laptop atau pc yang sekarang ini boleh didapati bawah harga RM2,000.

Broadband juga semakin murah. Untuk memasang Streamyx dirumah cuma RM77 sebulan. Celcom 3G Unlimited RM68 sebulan.

Cuba lihat handphone milik orang sekarang, tidak kira milik anak atau mak bapak. Harga mencecah ribuan ringgit.

Apabila sianak tidak mendapat kemudahan tersebut dirumah mereka akan menggunakan kemudahan di kafe siber tanpa kawalan ibu bapa. Pemili kafe siber mementing keuntungan semata-mata.

Kafe siber jadi tempat murid sekolah lepak
KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kafe siber yang menjadi tempat ‘persembunyian’ tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang tiga hari lalu dan ditemui semula hari ini adalah lokasi kegemaran murid-murid melepak pada waktu persekolahan.

Syair Istikharah

Ya – Rabbul Ariffin
Seandainya kau telah taqdirkan dia milikku
tercipta buatku
dekatkanlah hatiku dengan hatinya.
Tetapkanlah kemesraan antara kami,
agar kebahagiaan ini kekal abadi.

Ya Muhaimin
Seiringkanlah kami
mengiringi kehidupan luas ini
ketepian yang sejahtera.

Ya Rabbul Fatihin
seandainya dia telah Kau taqdirkan bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luput dari ingatanku
dan peliharakanlah aku dari kecewa.

Ya Rabbul Izzati
Berikanlah aku kekuatan,
melontarkan bayangannya kedada langit hilang bersama senja merah
agar aku bisa bahagia
walaupun tanpa dirinya.

Ya Rabbul Quddus
Gantikanlah yang telah patah
meskipun tidak sama dengan dirinya
biar sekuat mana aku mengasihinya
aku mohon pada Mu Allah
agar melenyapkan perasaan ini
seandainya benar dia ditaqdirkan bukan untukku.

Tetapi seandainya dia telah ditaqdirkan untuk diriku
aku mohon kasih dan sayang Mu
agar memperkuatkan kasih sayangku padanya
selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.

Ya Rahman Ya Rahim,
Cukuplan Engkau sahaja menjadi pemeliharaku
Didunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka

Amin………

KEMELUT CINTA

“Apabila sebuah percintaan itu diasaskan atas kematian orang lain maka kemelutnya juga akan berakhir bila berlaku kematian”
Pilihan ditangan Yanti untuk berlaku jujur dan ikhlas serta Takdir Tuhan menjemput diantaranya.

Ku tahu hatimu sekeras batu mengharap secebis cinta yang kau angankan. Kau sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan CINTA yang tak pasti.

Sedangkan dihadapan mu sebuah CINTA Suci menanti dengan kesetiaan. Sedikit demi sedikit kau hakiskan. Apa diharap padi seberang….

Aku tidak akan cuba melembutkan keras hatimu itu.

Aku juga tidak lagi akan bertanya kemana terbangnya bangau kerana aku rasa lebih tersiksa dipermainkan.

Aku tidak akan menangis kerana kemunafikan cintamu.

Semoga berbahagia sebuah cinta yang dibina atas kehancuran sekeping hati.

Pengorbanan bukan untuk mendapatkan cinta yang tak pasti tetapi untuk mempertahankan CINTA sejati.

Kisah seorang sahabat yang dalam kemelut percintaan

Kau bertanya apakah:
Aku mendekati dikau kerana tubuh mu
Aku mencari pelbagai alasan kerana telah mendapat sesuatu yang berharga milik mu
Aku berharap untuk melakukannya lagi
Aku tidak ingin untuk hidup bersamamu selamanya

Aku jawab semua seolan dengan satu perkataan:
“YA”

Sedang kau lupa..
Menduakan aku kerana apa?
Bukan kerana tubuhnya dan pada orang itu juga bukan kerana tubuh mu ?

Kau sentiasa mengulangi soal kehormatan yang mungkin untuk menutup sesuatu. Mungkin bukan aku yang pertama.
Sehingga sanggup menidurinya.

Setelah kita calar balar bersengketa tidak mudah bagiku melupakannya. Seandainya sembuh sekalipun parut tetap tinggal.

Adilkan dalam keadaan calar-balar orang ketiga dipuja dan aku dijadikan tempat persinggahan. Untuk kau mengadu kesedihan seandai ditinggalkan.

Apa muslihat tiba-tiba berlaku mesra dan setia kembali kepadaku. Adakah sekadar lakonan agar aku tidang mengganggu mereka. Sekian lama tertipu membuat aku lebih berhati-hati.

Sabar sahabat ku… Kebahagian ada dimana-mana.