Proton Persona – Spesifikasi dan harga


1.6AT H-Line Metallic – RM55,800
1.6AT M-Line Metallic – RM52,800
1.6MT M-Line Metallic – RM49,800
1.6AT B-Line Metallic – RM48,449
1.6AT B-Line Solid – RM47,999
1.6MT B-Line Metallic – RM45,449
1.6MT B-Line Solid – RM44,999

Beberapa Produk Kosmetik Beracun Dibatal Pendaftaran

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Produk kosmetik berjenama `Cool & Lightening Soap’ keluaran Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd adalah antara beberapa produk kosmetik dan tradisional yang telah dibatalkan pendaftarannya kerana dikesan mengandungi racun berjadual, menurut Kementerian Kesihatan, hari ini.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) membatalkan pendaftaran `Cool & Lightening Soap’ pada mesyuaratnya yang ke-198 berikutan pengesanan racun berjadual “hydroquinone” di dalam produk tersebut, menurut kementerian berkenaan dalam satu kenyataan di sini.

Penggunaan “hydroquinone” tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan buruk kepada kulit seperti kemerahan pada kulit, perubahan warna kulit, kulit menjadi hypersensitif serta mendatangkan risiko kanser kulit.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati apabila membeli produk kosmetik pencerahan kulit dan sekiranaya mengalami tanda-tanda sampingan segera mendapatkan rawatan doktor atau menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-79573611.

Sementara itu, PBKD juga telah membatalkan pendaftaran dua produk tradisional `Chatlin Brand Hao Zhou San’ dan ‘San Qi Luohan Chuanbei Plus Capsule’ kerana mengandungi racun berjadual.

Produk ‘Chatlin Brand Hao Zhou San’ keluaran Shanghai Chatlin Pharmaceutical Company itu mengandungi “ephedrine” yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah tinggi dan kesan kardiovaskular yang lain, kesan ke atas sistem saraf pusat seperti keresahan, insomnia, kekeliruan, kesan ke atas sistem saraf usus seperti loya dan penurunan berat badan serta kesan ke atas sistem pernafasan seperti dypsnea.

Produk ‘San Qi Luohan Chuanbei Plus Capsule’ keluaran Trinity Marvel Sdn Bhd pula mengandungi “pseudoephedrine” yang boleh menyebabkan kesan sampingan serupa dengan `ephedrine’ dan “chlorpheniramine” yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti pening, mengantuk, kering pada mulut atau kerongkong, kegelisahan, telinga berdengung, kerap membuang air kecil dan boleh memburukkan lagi keadaan glakoma, asma atau penyakit paru-paru kronik, menurut kenyataan itu.

Satu lagi produk yang dibatalkan pendaftarannya ialah produk tradisional `N-Nanz’ keluaran Heaven Natural (M) Sdn Bhd kerana dikesan mengandungi racun berjadual homosildenafil (analog sildenafil) yang tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.

Pengguna tidak sepatutnya menggunakan produk tradisional yang mengandungi sildenafil (ataupun analognya) kerana penggunaannya tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekan darah rendah dan kesan kardiovaskular yang lain.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan produk berkenaan serta para peniaga diminta menghentikan penjualan dan pengedaran produk terbabit serta-merta.

Individu yang memiliki untuk jualan produk-produk berkenaan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan yang sama boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.