Liwat dan Konspirasi

Analisa berita

Anwar Ibrahim sekali lagi diheret dengan masalah salah laku meliwat. Kali ini kerana laporan pembantu beliau sendiri, Saiful Bukhary Azlan. Laporan telah dibuat di Pondok Beat HKL dan pengadu telah menjalani ujian di HKL.

2. Maka Anwar melalui Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah segera membuat penafian atas laporan tersebut di Hotel Quality, Shah Alam. Ketika itu Anwar dipercayai berada di Hotel Tersebut.

3. Ini diikuti pula penafian (kalau boleh disebut penafian) oleh Wan Azizah. Dalam keterangan beliau lebih kepada menyalahkan pengamalundang-undang, pihak polisdan hakim yang tidak boleh dipercayai. Sidang media beliau dilakukan di Kedutaan Turki dan sekali lagi Anwar dipercayai berada disana untuk mendapatkan suaka politik. Beliau juga menyalahkan dan memperlekehkan pengadu dalam kes ini. Lebih teruk lagi mereka cerita kononnya Anwar menerima ancaman bunuh dan memohon suaka politik bagi megelak ancaman tersebut. Sebenarnya Anwar

4. Pengikiut setia PKR pula menyebarkan SMS mempertahankan Anwar. Mereka memburuk-urukkan pengadu didalam sms mereka. Mereka mengandaikan pengadu telah di sepak dan didera supaya membuat aduan dan memberikan keterangan kepada polis.

5. Semua penyokong PKR dengan taksub mempercayai Anwar sebagai manusia maksum dan percaya kepada konspirasi. Bagi mereka Anwar tidak pernah bersalah dan mesti dipertahankan.

6. Kita sudah naik muak dengan sikap mereka yang tidak pernah serik-serik dengan menyalahkan orang lain atas dosa Anwar. Sudah naik muak dengan anggapan mereka Anwar tidak pernah bersalah. Lebih teruk lagi mereka membuat ‘diversion’ sehingga ketahap kononnya Anwar menerima ancaman bunuh. Kerana hendak menyelamatkan Anwar dari disoalsiasat mereka sanggup menimbulkan ketegangan dan kegelisahan rakyat dengan andaian ancaman bunuh.

7. Mengapa mereka tidak bercakap mengenai kes dan buat penafian dari segi perundangan atau memberikan alibi.

8. Kita percaya tidak timbul soal konspirasi kerana dalam keadaan kerajaan yang tidak berapa kuat, tidak ada pemimpin yang berani berkonspirasi. Biarkan polis membaut siasatan mereka tanpa gangguan.

9. Anwar bolehlah mendapatkan suaka politik sementara di Turki kerana nak mengabui mata pengikut sebelum dibawa ke Amerika. Disana beliau bebas melakukan tabiat buruk tersebut kerana tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang dan moral.

10. Kita biarlah mereka dengan teori konspirasi mereka dan kita biarkan kes ini disiasat oleh polis dengan sebaiknya tanpa diganggu gugat. Kita tamatkan cerita mengenai kes ini.

Sampai bila mereka hendak menipu pengikut mereka?

Anwar meliwat? itulah anjing kalau dah biasa makan taik

Mereka dalam keadaan terdesak dan terpaksa menghantar sms kepada pemuja AlJuburi untuk tujuan diversion. Usah lah terpedaya sekali lagi dengan lagak alim AlJuburi. Cukup lah tu.

sms:

“Polis telah menahan pembantu DS Anwar Ibrahim, Saiful Bahari petang ini dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat oleh DSAI. Polis dijangka menangkap DSAI malam ini. Sebarkan”l

Usahah terikut-ikut menyebarkan sms ini kerana tiada faedah malahan mendatangkan dosa bersubahat dengan kemungkaran..

Maka selepas ini berkokok lah mereka mempertahankan AlJuburi dengan hujah menggunakan Ayat Allah dan sembahyang hajat.

Anjing kalau dah biasa makan taik, tak dimakan dihidunya juga

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.

Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Tiba-tiba aku dan Tun Dr Mahathir memikirkan yang sama :))

Petang tadi aku terbaca di Bernama Online mengenai perpaduan. Kerajaan menafikan berlaku polarisasi kaum yang terburuk di Malaysia sekarang ini. Isu ini ditimbulkan oleh Lim Kit Siang.
 
Disebabkan saat itu aku sedang bersantai di kedai kopi maka aku tangguhkan untuk memperkatakan mengenainya. Sehinggalah aku terlihat di http://chedet.com yang menulis mengenai soal perpaduan ini. Petang tadi aku dan Che Det mempunyai pemikiran yang sama mungkin .. 🙂

Bagi aku yang merasai zaman pemerintahan kesemua Perdana Menteri terpaksa mengakui keadaan ini.

Polarisasi ini berlaku kerana pelbagai faktor semasa. Antara yang terpenting ialah kerana ramai dikalangan Ahli politik muda cuba menjadi jaguh. Mereka mula membangkitkan kembali persefahaman antara kaum yang telah di persetujui semasa menuntut kemerdekaan. Bayangkan mereka yang tidak berada dizaman itu dan tidak mahu mengkaji sejarah mula bercakap mengenainya.

Mereka sepatutnya menjadi jaguh dengan merealisasikan persefahaman tersebut atau berusaha untuk mengambil peluang Dasar Ekonomi Baru bukan sekadar bercakap untuk mengapi-apikan.

Perpaduan antara kaum juga boleh dicepatkan sekiranya negara berada didalam keadaan stabil dari segi politik dan ekonominya.

 
Kita lihat peristiwa di Makasar Indonesia sebagai contoh. Ketegangan antara kaum tiba-tiba memuncak kerana ketidakstabilan politik ketika itu dan ditambah dengan kenaikan mendadak bahan api. Kehidupan satu puak yang sememangnya terhimpit dan dihimpit lagi dengan keadaan politik dan ekonomi yang teruk menyebabkan mereka menyalahkan kaum lain. Maka tercetuslah perbalahan antara kaum. Hilanglah perpaduan.

Kerajaan tidak harus sekadar menafikan soal polarisasi kaum tetapi sebaliknya memikirkan langkah seterusnya bagi memulihkan keadaan dari segi politik, ekonominya dan sosialnya.

Pembangkang juga memainkan peranan penting dalam berlakuknya polarisasi kaum dinegara ini.

 
PAS tidak pernah memikirkan soal perpaduan selain dari menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Mereka menutup mata seolah-olah tidak sedar bahawa pecahan kaum dinegara ini hampir 50 – 50 diantara melayu dan kaum lain.

Kerajaan Nafi Malaysia Hadapi Masalah Polarisasi Kaum Yang Semakin Buruk
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) — Kerajaan hari ini menafikan dakwaan parti pembangkang kononnya Malaysia kini menghadapi masalah polarisasi kaum yang semakin buruk.