PM MINTA MAAF, AKUI KESILAPAN KOS BELIAN EUROCOPTER

Aku nak tanya kepada mereka yang ‘tahu’ metamatik, nak bundarkan (roundup) 1.607bilion jadi berapa? Kalau jadi 1.7billion bukan roundup tapi nak songlap.
KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi mengakui berlaku sedikit kesilapan semasa beliau menyatakan mengenai harga pembelian Eurocopter EC-725 semasa mengumumkan keputusan penangguhan pembeliannya Selasa lalu.
“Mengenai harga, semasa saya keluarkan kenyataan iaitu RM1.7 bilion, itu berlaku sedikit kesilapan… saya minta maaf pada kesilapan itu.
Beliau berkata, angka “dibundarkan” sebanyak RM1.7 bilion yang diberikan sebelum ini adalah silap.

“Semasa saya membuat kenyataan yang ia sebanyak RM1.7 bilion, itu silap… saya minta maaf bagi kesilapan itu, pegawai letakkan RM1.607 bilion, jadi saya kata kita boleh bundarkan angka itu kepada RM1.7 bilion.

“Pagi ini semasa saya di Kementerian Pertahanan, saya dimaklumkan yang angka itu salah, sebenarnya harganya RM1.607 bilion. Tetapi ini adalah akademik sebenarnya, apabila kami memutuskan kemudiannya untuk merundingkan pembelian helikopter dan pada ketika itu kami berpendapat tiba masanya untuk kami berbuat demikian, kami lihat apakah harganya yang sebenar,” katanya.
Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Daya Saing Industri Sawit di Bangunan Parlimen petang semalam.
Beliau berkata, pertikaian mengenai harga dalam urusan pembelian Eurocopter pada peringkat ini akan menjadi akademik dan teknikal khususnya apabila kerajaan memutuskan menangguhkan pembelian pesawat itu.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas isu yang dibangkitkan pembangkang di Dewan Rakyat hari ini mengenai perbezaan harga pembelian helikopter terbabit.
Semalam, anggota Dewan Rakyat dari DAP, Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri supaya menjelaskan perbezaan dalam jumlah kos yang diperuntukkan untuk membeli 12 helikopter berkenaan.
Menurut Lim, pengumuman Abdullah menunjukkan kerajaan akan memperuntukkan RM1.67 bilion iaitu berbeza berbanding dengan nilai RM1.1 bilion yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah pada Sabtu lalu.
“Bagaimana tender RM1.1 bilion boleh berkembang menjadi RM1.7 bilion sebelum surat tawaran dikeluarkan,” kata Lim.
Beberapa ahli Parlimen juga membangkitkan hari ini.
Pada Selasa, Abdullah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC725, yang keseluruhannya bernilai RM1.679 bilion, pada masa ini sehingga keadaan krisis ekonomi dunia kembali stabil.
Abdullah, yang juga Menteri Pertahanan, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lepas.
Abdullah berkata kerajaan akan membeli helikopter itu lebih awal jika keadaan ekonomi kembali pulih.
Beliau berkata proses pembelian pesawat itu memgambil masa selama tiga tahun.
Abdullah turut menjelaskan bahawa peruntukan pembelian Eurocopter itu adalah sebanyak RM1.679 bilion dan bukannya RM2.3 bilion seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata prestasi helikopter itu telah terbukti kerana beberapa negara termasuk Perancis, telah menggunakannya sebagai pesawat sokongan tempur di Afghanistan.
“Juruterbang kami juga telah menggunakan dan mencuba helikopter itu di pameran LIMA, jadi mereka tahu akan prestasinya.
“Sebelum kami mengesahkan pembelian itu, biasanya kami akan pergi melakukan pemeriksaan penghantaran, ketika itulah helikopter itu diperiksa secara terperinci, jadi tiada apa yang luarbiasa mengenai apa yang kami lakukan itu.
“Ia bukan satu eksperimen, ia telah diuji malahan dalam situasi tempur,” katanya.
Najib berkata, pembangkang sebenarnya suka memperbesarbesarkan isu urusan pembelian hekikopter itu.

PROSIDING KES LIWAT ANWAR BERJALAN LANCAR

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Polis berjaya memastikan prosiding kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.
Kawalan trafik menghala ke kompleks itu turut lancar dan tiada jalan yang ditutup.
Kira-kira 30 pegawai dan anggota polis ditugaskan sejak kira-kira pukul 8 pagi bagi mengawal keselamatan di sekitar kompleks mahkamah tersebut.
Bagaimanapun, hanya kira-kira 20 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir memberi sokongan kepada Anwar di pekarangan mahkamah itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di Mahkamah Sesyen di sini bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta peguamnya, S.N. Nair pada pukul 8.55 pagi bagi menghadiri prosiding kes tuduhan liwat yang dihadapinya.

Mahkamah Sesyen hari ini mendengar hujahan lanjut yang dibentangkan oleh peguam bela Anwar bagi membantah permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke Mahkamah Tinggi di sini.
Anwar, 61, yang kini ketua pembangkang di Parlimen didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu, antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

KHAIRY JATUH TEMPAT KE 3

Pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno kini menyaksikan Khairy Jamaluddin merosot ke tempat ketiga selepas ibupejabat Umno pusat membatalkan keputusan mesyuarat ketua Pemuda Gua Musang pada 25 Oktober lalu yang mencalonkan ahli Parlimen Rembau itu untuk jawatan tersebut.
Sebaliknya, ibupejabat Umno pusat mengiktiraf mesyuarat pertama Pemuda bahagian tersebut, yang diadakan dua hari sebelumnya – pada 23 Oktober – yang mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda Umno pusat.
Dengan itu,jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Khairy sehingga ini kurang satu – kepada 47 – di belakang Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpul 48 pencalonan.
Manakala ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir masih mendahului dengan 70 pencalonan sehingga ini.
Sehingga ini sebanyak 165 bahagian Pemuda telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

WINDOWS 7 GANTI VISTA JANUARY 2010

Kalau ada kelapangan aku akan paparkan disini ‘screenshot’ Windows 7 Beta yang aku gunakan sekarang. Sesiapa yang rasa nak mencuba bolehlah mendaftar di MSN untuk download Windows 7 Beta bermula Disember nanti. Versi percubaan ini akan tamat tempoh pada Jun 2009.
Tetapi kita bernasib baik kerana tidak perlu menunggu sehingga 2010 untuk menggantikan ‘BETA’ Perdana Menteri kita. InsyaAllah Mac 2009 kita dapat Perdana Menteri yang boleh terus digunapakai.
Sama seperti Windows 7 yang di perbaiki bagi membaiki kelemahan dalam Windows Vista ‘KELEMBAPAN’ melaksanakan tugas, memerlukan banyak ‘MEMORI’, selalu ‘Crash’, ‘Sleep Mode problem’ , ‘Bluescreen’ serta terlalu banyak ‘kosmetik’ dan ‘rebranding’. ‘Bridge’ yang sepatutnya dimasukkan telah di keluarkan.
‘Window 7’ perlu lebih efisyen, tidak memerlukan banyak memori dan lebih lancar tidak banyak ‘crash’ dan tiada ‘sleep mood problem’. ‘Bridge’ serta ‘track’ yang telah dikeluarkan hendaklah dimasukkan semula.
SAN FRANCISCO: Pengeluar terbesar perisian Amerika Syarikat, Microsoft hari ini secara rasmi mengumumkan Windows 7 akan menggantikan sistem operasi Vista yang tidak memuaskan pada Januari 2010.
“Kami sedang membuat penyeledikan yang mendalam terhadap produk Windows dan kami berbangga kerana maklum balas dan prestasi yang baik daripada produk yang dihasilkan,” kata Ketua Jurutera Windows Ray Ozzie.

Antara keistimewaan Windows 7 adalah memudahkan penyambungan jaringan komputer dengan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain.
Menurut penganalsis Microsoft Matt Rosoff, syarikat berkenaan dijangka melancarkan Windows 7 menjelang tahun 2010.

“Secara relatifnya kami perlu membuat sedikit perubahan terhadap produk terbaru ini kerana Vista tidak mendapat sambutan yang menggalakkan,” kata Rosoff kepada AFP.
“Kami tahu ada perkara yang tidak digemari dalam Vista jadi kami berpendapat untuk merekacipta system tersebut kembali. Saya rasa Microsoft sedang memberi keutamaan kepada meningkatkan kualiti program berkenaan dan mengurangkan adua daripada pengguna,” katanya.
Windows 7 juga direka dengan ciri terkini yang dapat mempercepatkan tugas-tugas komputer serta memberi tumpuan kepada keserasian diantara aplikasi komputer dan alat penghubung yang lain.
“Kami membawa jaringan Web to Windows dan Windows to the Web yang terbaik untuk dalam produk terbaru kami ini,” kata Ozzie.
Microsoft juga turut mengumumkan mereka akan melancarkan versi online bagi software ‘Microsoft Office’.
Antara program yang boleh dimuat turun secara online adalah Word, Excel, Power Point dan One Note. Program-program berkenaan boleh dimuat turun di Office Live dengan memohon lesen yang sah daripada Microsoft.

WINDOWS 7 MENGGANTIKAN VISTA JANUARI 2010