Dua kanak-kanak terperangkap dalam runtuhan tanah di Ulu Yam

30/11/2008 1:10pm

HULU SELANGOR 30 Nov. – Dua kanak-kanak terperangkap dalam satu runtuhan tanah yang meranapkan sebuah rumah banglo di Ulu Yam dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, ahli-ahli keluarga yang sedang tidur nyenyak ketika itu dikejutkan oleh bunyi kuat di bahagian bilik tidur tersebut.

Sehingga pukul 10.30 pagi ini, polis, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat masih giat menjalankan usaha menyelamatkan mangsa-mangsa tersebut

Kemaskini 30/11/2008 1:11pm

HULU SELANGOR 30 Nov. – Tiga anak mangsa yang selamat iaitu Norlisa Azira, 8; Anis Afina, 6, dan Norman Afiq, 4 berjaya diselamatkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan penyelamat menjumpai satu mayat dipercayai anak mangsa yang berumur 9 tahun pada 12.15 tengah hari ini.

Lima belas minit kemudian (12.30 tengah hari), mayat kedua yang dipercayai berumur 16 tahun ditemui.

SHAHRIZAT AKAN MENENTANG RAFIDAH DIDALAM PEMILIHAN KETUA PERGERAKAN WANITA

Setelah mendengar pandangan dari akar umbi Pergerakan Wanita, akhirnya Shahrizat mengambil ke[utusan untuk bertanding sebagai ketua Pergerakan Wanita.

Pelan peralihan yang dicadangkan oleh Rafidah tidak lagi relevan sekarang ini kerana banyak implikasi negatif kepada pelan tersebut.

Rafidah sepatutnya bertanding untuk mempertahankan jawatan dan tidak memerlukan kepada pelan peralihan. Sekiranya menang beliau boleh memimpin untuk satu penggal lagi.

Difahamkan Rafidah amat berharap pengganti Perdana Menteri akan melantik beliau menjadi menteri selepas ini atas kapisiti beliau sebagai ketua Pergerakan Wanita.

RAFIDAH TOLAK SYOR SHAHRIZAT – MUNGKIN BERTANDING?

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berubah fikiran dalam soal peralihan kuasa dan saingan merebut kerusi Ketua Wanita?

Selepas mesyuarat Exco Wanita di sini hari ini, Shahrizat berkata, cadangannya supaya pelan peralihan kuasa daripada Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz kepada beliau dipercepatkan kepada Mac depan ditolak oleh mesyuarat pergerakan itu hari ini.

"Cadangan mempercepatkan pelan peralihan kepada Mac semasa Perhimpunan Agung Umno tidak diterima (Tan Sri) Rafidah dan exco, tetapi pelan peralihan seperti yang dirancang pada Jun tahun depan dikekalkan," katanya.

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco Wanita, yang dipengerusikan Rafidah, Shahrizat menjawab empat soalan wartawan.

Kepada Bernama selepas sidang akhbar itu, beliau berkata, keputusan exco ialah untuk menerima saranan Rafidah seperti asal di samping menentukan tiada pertandingan untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua pergerakan itu.

Shahrizat berkata pada masa yang sama, akan ada rundingan secara damai untuk menyelesaikan isu pengisian jawatan dan usaha untuk berunding bersama Datuk Kamilia Ibrahim, exco Wanita Umno yang turut layak bersama beliau untuk bertanding jawatan Naib Ketua.

Ditanya langkah beliau seterusnya ekoran penolakan usahanya agar pelan peralihan kuasa dipercepatkan selaras dengan pelan peralihan Umno induk, beliau berkata:

"Saya juga akan mengambil kira suara daripada akar umbi dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk Wanita Umno." "Untuk pelan peralihan ini berjaya, kita perlu ada kerjasama Kamilia, kalau tidak, akan ada pertandingan nanti untuk jawatan Naib Ketua".

Shahrizat berkata, beliau akan berusaha menyelesaikan isu itu secara damai berlandaskan kepada pendirian Rafidah, exco Wanita Umno serta amanah yang diberikan oleh akar umbi.

Kamilia yang juga Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar, sebelum ini berkata, beliau mahu pelan peralihan itu dipercepatkan bagi mengukuhkan kepimpinan pusat pergerakan itu.Beliau berkata jika tempoh peralihan itu dilaksanakan mengikut perancangan asal, ia akan merugikan pergerakan itu kerana ia akan memberi kekosongan kepada jawatan Ketua Wanita dan melemahkan kepimpinan parti.

Shahrizat, yang turut layak bersama Rafidah bertanding jawatan Ketua Wanita pada pemilihan parti akan datang, bagaimana pun enggan menyatakan sama ada beliau akan membuat keputusan ke arah itu dalam masa terdekat seperti yang digesa oleh akar umbi.

MUHAMMAD HAMPIR LAYAK BERTANDING

Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang setakat ini sudah mengumpul 37 pencalonan memerlukan hanya dua lagi pencalonan. Kuota kelayakan bagi jawatan Timbalan Presiden ialah 39 pencalonan.

Muhammad yang sebelum ini mengumpul sebanyak 30 pencalonan hari ini menambah tujuh lagi pencalonan dari bahagian Kuala Krai, Hulu Langat, Baling, Sik, Sungai Besar, Pensiangan dan Petaling Jaya Selatan.

Berdasarkan kepada jumlah bahagian yang akan bermesyuarat esok, Muhammad dijangka tidak menghadapi masalah untuk mencukupkan kuota.

Esok, di Selangor sahaja terdapat empat lagi bahagian yang akan bermesyuarat iaitu Kelana Jaya, Tanjung Karang, Hulu Selangor dan Ampang.