Hari Susu SeDunia

Bukan Hari Menyusu Sedunia

Sayur Maman

Tertengok WHI di TV3 menyiarkan mengenai sayur maman. Terliur aku dibuatnya. Kalau lah dapat makan jeruk maman atau masak lemak cili api sayur mamanĀ  bersama ikan parang. Alangkah sedapnya.

Khasian maman:
Maman mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan, Maman mengandungi air 88.3 g, protein (4.1 g), lemak (0.5 g), karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium (275 mg), fosforus (28 mg), ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug), vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24 mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg).