BALASUNGKAWA

INALILLAH WA INALILLAHIRAJIUN

Baru dapat tahu pemergian Allahyarhamah Maimun isteri kepada Zainal Amberi yang telah kembali kerahmatullah sebelum Ramadhan tempohari.

Semuga Allah menempatkan roh Ibu bersama mereka yang beriman.

Semuga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan Allah kehilangan kedua ibu/bapa.

Al-Fatihah.

Tidak dapat menahan airmata rasa terkilan kerana idak dimaklumkan mengenai pemergian mereka. Tapi menerima faktor keadaan mungkin menjadi puncanya. Lebih terkilan kerana gagal merialisasikan impian beliau. Maaf Ibu, semuga roh Ibu tenang disana.

Tak boleh tahan sebak melihat foto Ibu dan Ayah (kalau boleh aku panggil dengan nama itu).

INALILLAH WA INALILLAHIRAJIUN

Takziah buat HYZA dan keluarga Kampong Sungai Serai, Kuang atas pemergian Ayahnda tercinta ZAINAL AMRI MAT KENEN.

Allahyarham yang ada ikatan kekeluargaan dengan saya dan telah lama saya kenali sebelum kelahiran anak kedua beliau. Pendiam tapi senang dengan gurauan saya.

Aku tak dapat menahan air mata.

Semuga Allah menempatkan rohnya bersama mereka yang beriman.

Maaf kepada keluarga beliau Allahyarham kerana tidak dapat ziarah akibat serangan gout sehingga tidak mampu bergerak.

Masih Ingat Tak Lagi : Nassier Wahab


Masih ingat tak lagi suatu hari
kita bertemu dan lalu tersenyum
kita pun bercerita dan bergurau senda
lalu sama-sama jatuh cinta

Masih ingat tak lagi suatu hari
kita berjalan berpegangan tangan
kaumenatap wajahku
kurenungi matamu
lalu melafazkan janji setia

Di ketika itu kita sering merindu
dan bunga pun mekarlah di taman kasih sayang
tapi hanyalah seketika
akhirnya aku yang terluka

Masih ingat tak lagi suatu
engkau melukakan hatiku lagi
dan aku pun sakiti hatimu sepuasnya
lalu air mata pun berderailah.