Selamat berbuka puasa

13437339407890

MANGSA MERCUN… Tuan Mohd Hafiz, 9 cedera terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong

Mercun_1

ALOR SETAR, 29 Julai — MANGSA MERCUN… Kanak-kanak berusia sembilan tahun, Tuan Mohd Hafiz setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong, dekat sini, lewat petang semalam.
Dia mengalami cedera di dahi dan badan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Beliau ditempatkan di wad kanak-kanak dan dilaporkan stabil.
Kejadian tersebut berlaku dipercayai ‘sumbu’ mercun terjatuh ke dalam bekas plastik berisi 40 biji mercun yang dibeli di Bazar Ramadan menyebabkan berlaku satu letupan kuat

Mohd Sohibullah, 27, mungkin buta mata di sebelah kirinya setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong, Alor Star

Mercun2

ALOR SETAR, 29 Julai — Mohd Sohibullah, 27, dipercayai mungkin buta mata di sebelah kirinya, cedera di bahu dan tangan kiri setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong, dekat sini, lewat petang semalam.
Turut cedera seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, Tuan Mohd Hafiz yang mengalami cedera di dahi dan badan.
Mohd Sohibullah kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Kejadian tersebut berlaku dipercayai ‘sumbu’ mercun terjatuh ke dalam bekas plastik berisi 40 biji mercun yang dibeli di Bazar Ramadan menyebabkan berlaku satu letupan kuat.